(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Civil Engineering >

Kesan ketebalan lapisan ke atas kebolehtelapan dan kekuatan ketegangan tak langsung asfalt berliang

Kesan ketebalan lapisan ke atas kebolehtelapan dan kekuatan ketegangan tak langsung asfalt berliang / Siti Rahimah Abdul Rahman
Asfalt berliang merupakan turapan permukaan yang digunakan secara meluas disebabkan oleh kekuatan dan ketahanlasakannya. Kajian demi kajian dijalankan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan turapan bagi menampung pertumbuhan lalu lintas yang tidak dijangkakan. Pelbagai kajian juga dijalankan untuk mengenalpasti ciri campuran turapan asfalt berliang. Dalam kajian ini, penggredan yang digunakan adalah sama dengan penggredan yang dihasilkan oleh kajian IRPA ke atas dwilapisan asfalt berliang. Kajian ini tertumpu kepada hubungan di antara ketebalan lapisan dan kandungan bitumen ke atas kebolehtelapan dan kekuatan tegangan tak langsung (ITS) asfalt berliang. Jenis pengikat yang digunakan adalah pengikat terpinda iaitu SBS yang dibekalkan oleh Shell Malaysia Berhad. Hasil kajian mendapati bahawa nilai pekali kebolehtelapan menurun dengan pertambahan ketebalan sampel bagi sampel yang menggunakan 20 mm saiz maksimum agregat. Keputusan kajian juga menunjukkan nilai pekali kebolehtelapan untuk 14 mm dan 10 mm bagi saiz maksimum agregat berkadar terus dengan ketebalan sampel. Hasil kajian juga memberikan nilai keliangan iaitu antara julat 17-20%. Daripada ujikaji ITS, hasil kajian menunjukkan kekuatan tegangan mengufuk untuk sampel 14 mm saiz maksimum agregat lebih tinggi apabila ketebalan meningkat bermula dari tebal 40 mm. Daripada ujikaji ITS, keputusan kajian juga menunjukkan ketebalan optimum adalah 40 mm untuk satu lapisan asfalt berliang. _______________________________________________________________________________________________________ Porous asphalt is a surfacing material which is commonly used due to its strength and durability. Many studies have been done to improve the quality of pavement serviceability in other to cater for future traffic demand. Various research have been conducted to identify the characteristics of porous asphalt. In this study, gradation used is identical to the gradation developed in ongoing IRPA Research on double layer porous asphalt. This investigation emphasize on the relationship between layer thickness and binder content of single layer porous asphalt on permeability and indirect tensile strength (ITS). Binder type used is SBS modified bitumen supplied by Shell Malaysia Berhad. The study found out that the permeability coefficient decreases when the layer thickness is increased for the 20 mm maximum size aggregate compared to 14 mm maximum aggregate and 10 mm maximum aggregate. The results showed that the permeability coefficient for 14 mm maximum aggregate and 10 mm maximum aggregate is directly related with the layer thickness. The porosity in the sample studied ranged from 17-20%. From the ITS test, 14 mm maximum aggregate size sample shows higher the horizontal tensile strength when the thickness increased from 40 mm thickness. The indirect tensile strength test result also showed that the 40 mm thickness is the optimum thickness of single porous asphalt.
Contributor(s):
Siti Rahimah Abdul Rahman - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Identifiers:
Accession Number : 875002023
Language:
Bahasa Melayu
Subject Keywords:
Porous; asphalt; durability
First presented to the public:
4/1/2005
Original Publication Date:
9/23/2020
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Civil Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 107
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2020-09-23 16:58:16.268
Submitter:
Mohd Jasnizam Mohd Salleh

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Kesan ketebalan lapisan ke atas kebolehtelapan dan kekuatan ketegangan tak langsung asfalt berliang1 2020-09-23 16:58:16.268