Hydro-perawatan minyak baki vakum yang dibekalkan oleh Kilang Penapis
Petroleum PETRONAS, Melaka telah dikaji dengan menggunakan mangkin komersil
Ni-Mo disokong pada zeolit lampau-stabil beijenis-Y atau Ni-Mo/USY. Kelikatan
minyak baki vakum pada kelajuan berlainan dianalisa pada awalnya. Mangkin komersil
yang dibekalkan dalam bentuk oksida Ni and oksida Mo diturunkan dalam H2 selama 2
jam dan diprasulfidakan dengan 5%isipadu H2S/H2 selama 4 jam pada 400"C. Mangkin
yang telah diprasulfidakan kemudian dicirikan untuk luas permukaan, saiz Hang and
isipadu Hang. Ujikaji aktiviti dijalankan dengan menggunakan reactor teraduk 300ml
bertekanan-tinggi PARR pada 300°C untuk 4 jam. Aktiviti-aktiviti hydro-perawatan
mangkin terutamanya penghidro-nyahsulfuran (HDS) and penghidro-nyahnitrogenan
(HDN) dinilai pada bebanan mangkin berlainan teijulat dalam 0.1 Og - 0.25g. Nisbah
atomik hydrogen/karbon (H/C), sulfur%berat and nitrogen%berat dianalisa untuk
minyak baki vakum dan keluaran cecair yang diperoleh supaya kesan mangkin atas
aktiviti-aktiviti HDS, HDN dan hidro-peretakan (HC) dapat ditafsirkan. Kememilihan
keluaran cecair dinilai dengan menggunakan penyulingan ASTM insani. Bebanan
mangkin optimum yang didapati ialah 0.20g per 80g minyak baki vakum, yang mana
56.39%berat daripada minyak baki vakum dihasilkan sebagai keluaran cecair. Aktivitiaktiviti
HDS dan HDN yang diperoleh dengan bebanan mangkin optimum ini masingmasing
ialah 43.36%berat and 20.28%berat. Nisbah atomik H/C keluaran cecair
tertinggi, yakni 1.81, telah diperhatikan dengan bebanan mangkin optimum tersebut.