Objektif utama analisis ini dijalankan adalah untuk mendedahkan kepada penggunaan
perisian MathCAD.Perisian ini antara lain akan memberi peluang kepada saya untuk
menjalankan analisa bagi mendapatkan nilai-nilai tegasan atau terikan utama dan ricih
yang bertindak pada suatu jasad tertegas atau terterik
Tumpuan dalam penggunaan perisian ini diberikan terhadap mentakrifkan pembolehubah
dan persamaan dalam perisian MathCAD Professional dan gambaran secara grafik
Bulatan Mohr dalam perisian cabang MathCAD iaitu Imagination Engineer
Bagi mendapatkan hasil(output) yang dikehendaki,nilai-nilai σx,σy dan τxy dalam
penentuan tegasan dan nilai-nilai εx,εy dan yxy dalam penentuan nilai terikan hendaklah
terlebih dahulu diketahui Nilai-nilai ini hanya perlu dimasukkan dalam ruang-ruang tersedia berkaitan yang telah
diprogramkan sebelum keluaran dipaparkan dalam bentuk nilai dan gambaran grafik.
Sebarang perubahan pada sebarang masa terhadap nilai-nilai dalam ruangan ini akan
memberi kesan terhadap hasil yang akan dipaparkan secara automatic.