(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Civil Engineering >

Saliran bandar dan amalan pengurusan terbaik bagi Taman Damai I & Ii, Parit Buntar Perak

Saliran bandar dan amalan pengurusan terbaik bagi Taman Damai I & Ii, Parit Buntar Perak / Mariati Salang
Pengurusan air larian ribut adalah penting untuk memastikan kejadian yang tidak diingini berlaku seperti banjir kilat. Memang diketahui umum bahawa bencana banjir membawa pelbagai kesan negatif kepada alam sekitar dan kerosakan harta benda, nyawa dan sebagainya. Antara impak banjir ialah pencemaran, hakisan, kerosakan pada struktur bangunan, kehilangan harta benda, kerosakan sistem saliran dan kerencatan aktiviti ekonomi. Amalan pengurusan terbaik (BMPs) diperkenalkan untuk mengurangkan aliran puncak hidrograf sebelum ia memasuki sistem sungai. Di samping itu BMPs juga dapat mengurangkan banjir dan hakisan. Penulisan dimulakan dengan memberi pengenalan tentang kajian yang dijalankan. Bab seterusnya menerangkan kaedah yang terdapat dalam BMPs dari segi kebaikan serta rekabentuk secara Ringkas. Selain itu juga langkah-langkah untuk pemilihan BMPs disertakan. Bab ketiga pula lebih kepada penilaian secara kuantiti seperti sistem saliran terhadap tapak kajian iaitu Taman Damai I & II, Parit Buntar Perak. Bab Keempat pula membincangkan sistem alternatif yang dicadangkan bagi kawasan tapak kajian. Dalam bab ini, kaedah BMPs dibincangkan secara terperinci berpandukan kepada Manual Baru Saliran Mesra Alam (MASMA, 2000). Bab terakhir pula merujuk kepada rumusan dan kesimpulan keseluruhan kajian yang dilakukan di kawasan Taman Damai I & II, Parit Buntar Perak Darul Ridzuan. _______________________________________________________________________________________________________ Urban stormwater management are important practice to manage and mitigate the flood in urban areas. Flood disaster can effect the environment, socio-economic public, damage property, life and etc. The disaster effect to the environment such as pollution, erosion, damage to building/structure, property loss, damage to drainage system damage and economy activity. Best management practices are introduced to reduce peak flow hydrograph before stormwater flow to river system or receiving water body. Besides that BMPs also can reduce flood disaster and erosion based on control at source. This dissertation starts with the introduction on BMPs, where the concept, principles and approach were described. The selection of BMPs are also given. Chapter three includes and described about existing system evaluation for Taman Damai I & II, Parit Buntar Perak. Chapter Four discuss on the proposed alternative system for study area. In this chapter further discussion on the design based on Urban Stormwater Management Manual For Malaysia ( MASMA, 2000). The conclusion for this study for Taman Damai I & II, Parit Buntar Perak included in the last chapter.
Contributor(s):
Mariati Salang - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Identifiers:
Accession Number : 875001974
Language:
Bahasa Melayu
Subject Keywords:
stormwater; mitigate; flood
First presented to the public:
4/1/2005
Original Publication Date:
9/24/2020
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Civil Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 135
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2020-09-24 15:02:39.08
Submitter:
Mohd Jasnizam Mohd Salleh

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Saliran bandar dan amalan pengurusan terbaik bagi Taman Damai I & Ii, Parit Buntar Perak1 2020-09-24 15:02:39.08