Campuran asfalt bersuhu sederhana (WMA) adalah teknologi yang membolehkan
pengurangan ketara suhu pencampuran dan pemadatan campuran asfalt panas lazim.
Teknologi ini boleh menjimatkan kos, meningkatkan kebolehkerjaan, mengurangkan
kesan pengeluaran gas rumah hijau dan mesra alam. Walau bagaimanapun, WMA
mudah terdedah kepada kerosakan lembapan sebagai akibat suhu pengeluaran yang
lebih rendah. Hal yang demikian menyebabkan kegagalan rekatan, dan seterusnya
pelucutan pengikat asfalt daripada agregat. Dalam kajian ini, bahan tambah
campuran suam Cecabase digunakan untuk menurunkan suhu pengeluaran dan
meningkatkan keboleh-rekatan asfalt dengan agregat. Pengikat jenis PG-64 dan PG-
76 digunakan untuk menyediakan spesimen ujian. Bertindak sebagai surfaktan
apabila dicampurkan dengan pengikat asfalt, Cecabase menggalakkan rekatan pada
antara muka pengikat asfalt dan agregat. Keputusan ujian makmal secara
keseluruhannya menunjukkan bahawa penambahan Cecabase tidak memberi kesan
yang ketara ke atas reologi bahan pengikat dan kandungan pengikat optimum.
Pendekatan baru melalui analisis imej digunakan untuk mengklasifikasikan
kerentanan kegagalan rekatan dalam campuran asfalt sebagai akibat kerosakan
lembapan. Hasil kajian menunjukkan kegagalan rekatan meningkat dengan bilangan
kitaran beku dan cair dan campuran yang mengandungi pengikat PG-76
mempamerkan kegagalan rekatan yang lebih rendah berbanding pengikat PG-64.
Ujian tegangan langsung substrat pengikat-agregat dan ujian tarik-keluar dijalankan
untuk menilai kegagalan rekatan. Peralatan makmal vakum tepu (ALVS) penyesuaian lembapan digunakan untuk menyediakan spesimen pengikat-agregat. Keputusan ujian menunjukkan pengikat asfalt yang didedahkan kepada pengusiaan
jangka pendek dan jangka panjang, lebih mudah terdedah kepada kerosakan
lembapan apabila ditindaki ALVS. Untuk mendapatkan gambaran asas, Tenaga
Permukaan Bebas (SFE) pengikat terubahsuai Cecabase dinilai menggunakan sudut
sentuh Goniometer dan peranti plat dinamik Wilhelmy. Pengukuran analitik
berdasarkan keputusan SFE menunjukkan Cecabase meningkatkan kebolehsebaran
pengikat untuk lebih mudah menyaluti permukaan zarah agregat. Tambahan pula,
kerja rekatan meningkat dengan penambahan Cecabase. Nisbah keserasian
menggambarkan pengaruh lembapan dan menunjukkan bahawa rintangan terhadap
kegagalan lembapan agregat granit adalah lebih rendah berbanding agregat batu
kapur.
Warm Mix Asphalt (WMA) is a technology that allows significant reduction
in mixing and compaction temperatures of conventional hot mix asphalt. It is a cost
effective technology that can improve mixture workability, reduces greenhouse gas
emissions, and is environmental friendly. However, WMA is susceptible to moisture
damage due to its lower production temperature. This can cause adhesion failure,
hence stripping of asphalt binder from the aggregates. In this research, Cecabase
warm mix additive was used to lower the production temperature and enhance the
asphalt binder adhesion properties with aggregate. Two binders, PG-64 and PG-76,
were used to prepare the test specimens. As a surfactant and when blended with
asphalt binder, Cecabase promotes adhesion at the binder-aggregate interface.
Therefore, the overall laboratory test results showed that addition of Cecabase had
no significant effects on binder rheology and optimum binder content. A novel
approach using image analysis was used to measure the asphalt mixture adhesion
failure susceptibility due to moisture damage. The results showed that adhesion
failure increased with the number of freeze and thaw cycles and mixtures prepared
with PG-76 binder exhibited lower adhesion failure compared to PG-64 binder. To
assess the adhesion failure, binder-aggregate substrate direct tensile and pull-off
tension tests were carried out. An accelerated laboratory vacuum saturator (ALVS)
moisture conditioning was fabricated to condition the binder-aggregate specimens.
The results indicated that short term and long term aged binders when subjected to
ALVS, were susceptible to moisture damage. In order to gain fundamental insight,
the Surface Free Energy (SFE) of Cecabase-modified binder was evaluated using
contact angle Goniometer and dynamic Wilhelmy plate device. The analytical
measurements based on SFE results showed that Cecabase improved the
spreadibility of asphalt binder over the limestone aggregate particles. In addition, the
work of adhesion improved with the addition of Cecabase. The compatibility ratio is
an indicator of moisture susceptibility and indicated that the granite aggregates were
less resistant to moisture damage compared to limestone aggregates.