Projek ini adalah unluk membina sebuah model pintu pagar yang dikawal oleh
alat kawalan jarak jauh yang menggunakan infra-merah sebagai medium penghantaran.
Untuk menghasilkan model tersebut, tugas dipecahkan kepada dua bahagian iaitu
bahagian pertama membma model dan litar untuk menggerakkan pintu pagar dan
bahagian kedua ialah membina alat kawalan jarak jauh yang digunakan untuk mengawal
operasi pintu pagar tersebut. Bagi membina alat kawalan jarak jauh tersebut, beberapa
langkah kerja telah dilakukan. Iaitu merekabentuk program perisian bagi penghantaran
kod arahan pada alat penghantar dan program perisian bagi bahagian alat penerima.
Kemudian litar yang asas dibina tanpa menggunakan penghantar dan penerima inframerah
untuk menguji samaada kod yang dihantar boleh diterima oleh penerima.
Kemudian litar diuji pula dengan menggunakan penghantar dan penerima infra-merah.
Langkah berikutnya pula adalah menguji alat kawalan jarak jauh tersebut pada model
pintu pagar tersebut. Projek ini secara amnya adalah gabungan perisian dan perkakasan.
Litar pintu pagar dan litar alat kawalan jarak jauh bagi projek ini adalah menggunakan
pengetahuan asas dalam pembinaannya.