Tujuan projek ini adalah mereka bentuk suatu litar pengatur voltan khusus pada kereta. Setiap komponen yang digunakan dalam mereka bentuk litar tersebut diterangkan secara terperinci dari segi ciri-cirinya dan kegunaannya. Litar ini akan disambung ke penjana segerak untuk menetapkan voltan keluaran pada suatu nilai. Litar ini bertidak sebagai kawalan kuasa yang akan dihantar kepada beban-beban dalam kereta. Pengaturan voltan memastikan beban-beban selamat digunakan kerana berada pada kadar kuasa yang sepatutnya. Ciri - ciri beban, masalah gangguan kuasa dan keupayaan penjana menghasilkan kuasa diterangkan dalam laporan ini.