Di dalam dunia ini, terdapat berjuta-juta individu yang menghadapi pelbagai
jenis sindrom. Setiap jenis sindrom biasanya dikelaskan mengikut tanda dan gejala
selain pembentukan kromosom yang tidak normal. Kebiasaannya, kanak-kanak
sindromik menghadapi masalah dalam pembangunan bahasa dan kemahiran motor.
Kesukaran yang paling biasa dan bertindih yang dihadapi oleh mereka adalah sawan,
kesukaran untuk bercakap dan bergerak. Sawan biasanya menurunkan taraf kemahiran
motor seseorang. Kesukaran bergerak and bercakap mengehadkan keinginan seseorang
individu untuk meluahkan keperluan asasnya. Hal ini kebiasaannya menyebabkan
tekanan dan kekecewaan. Pelbagai alat komunikasi seperti peranti penjana ucapan dan
system komunikasi pertukaran gambar telah dibina untuk kegunaan kanak-kanak
sindromik. Walau bagaimanapun, kebanyakan peranti komunikasi ini tidak sesuai untuk
kanak-kanak yang lemah dalam kemahiran motor kasar dan halus. Projek ini bertujuan
untuk membina peranti yang menggunakan konsep Komunikasi Augmentatif dan
Alternatif (AAC) untuk membantu kanak-kanak sindromik meluahkan permikiran,
keperluan dan kemahuan mereka supaya orang lain dapat memahami mereka. Dengan
menggunakan peranti ini, ibu bapa juga boleh menerima komunikasi kanak-kanak
melalui perkhidmatan SMS dengan meggunakan GSM sistem apabila berada jauh
daripada anak-anak sindromik. Tambahan pula, sistem ini dilengkapkan dengan
pangkalan data untuk merekod keperluan, emosi dan permikiran kanak-kanak kurang
upaya ini. Projek ini telah dibina dengan jayanya dan ia sangat berguna dalam
membantu kanak-kanak sindromik kurang upaya bercakap dan bergerak bagi
berkomunikasi dan mendapatkan bantuan semasa tiada orang di sekeliling untuk
memberikan tumpuan kepada keperluan mereka.
_______________________________________________________________________________________________________
There is a variety of syndromes suffered by millions of individuals around the
world. Each type is usually classified according to symptoms and signs apart from
abnormal chromosome make-up. Syndromic children typically experience poor
development of language and motor skills. The most common and overlapping
difficulties faced are seizure episodes, non-mobility and non-verbal. Seizure attacks
normally further down-grade an individual’s motor and verbal skills in various ways.
Being non-mobile and non-verbal limits an individual’s desire to express his basic
needs that may lead to stress and disappointment. There have been various
communication devices such as speech generating devices and picture exchange
communication systems developed for syndromic children. However, most of the
communication devices are not suitable for children with poor gross- and fine-motor
skills. This project aims to develop an enhanced communication device using the
Augmentative and Alternative Communication (AAC) concept to help syndromic
children express their thoughts, needs and wants so that everyone can understand them.
With this device, parents can also receive children’s communication via SMS services
using GSM system when they are not with their syndromic children. In addition, the
system is also equipped with a database to record disabled children’s needs, emotions
and thoughts. This project has been successfully developed and it is extremely useful in
helping non-verbal and non-mobile children to communicate and get help when no one
is nearby to attend their needs.