Kanak-kanak kurang upaya lisan adalah kanak-kanak yang tidak berupaya
bercakap manakala kanak-kanak kurang upaya alih adalah kanak-kanak yang tidak
berupaya bergerak. Walau bagaimanapun, kebanyakan mereka mempunyai kebolehan
belajar setelah diajar beberapa pergerakan ringkas. Namun, keperluan mereka mesti
sentiasa dipantau rapi. Masalah timbul semasa ibu bapa sibuk dan sering kali tidak
dapat bersama dengan kanak-kanak untuk berkomunikasi. Oleh itu, suatu alat yang
boleh membantu kanak-kanak ini berkomunikasi dengan ibu bapa mereka pada setiap
masa amat diperlukan, terutamanya untuk memberitahu keperluan asas mereka seperti
dahaga dan kelaparan. Dalam projek ini, alat komunikasi sesuai bagi kegunaan kanakkanak
kurang upaya direka dengan menggunakan Arduino Mega 2560. Reka bentuk ini
mempunyai beberapa butang besar bagi menyenangkan kanak-kanak kurang upaya
menekan berdasarkan keperluan mereka. Kanak-kanak ini boleh diajar untuk mengguna
alat tersebut oleh ibu bapa atau pelatih-pelatih komuniti setempat. Contohnya, jika
seseorang kanak-kanak kurang upaya terasa dahaga tetapi ibu bapanya tidak berada
berhampiran, dia boleh menekan butang yang merujuk kepada gambar air. Justeru,
isyarat akan dihantar untuk menyalakan LED, untuk paparan pada skrin LCD dan bunyi
akan dikeluarkan pada pembesar suara. Dengan cara ini, ibu bapa boleh megetahui
keperluan kanak-kanak kurang upaya dengan mudah selagi mereka berada di dalam
kawasan rumah tertutup.
_______________________________________________________________________________________________________
Non-verbal disabled children are children who cannot talk while non-mobile
disabled children are those who cannot move about. However, most of them have the
capability to learn when taught simple movements. However, their needs must always
be attended for. Problems may arise when parents are busy and often not around with
the children for face to face communication. Thus, it is beneficial to have a device
which can help these children to communicate with their parents at any time,
particularly to express their basic needs such as drink and food. In this project, a
communication device suitable for disabled children use is designed using Arduino
Mega 2560. The design has different buttons for the disabled children to press based on
their needs. These children will be taught to use the device by their parents or local
community instructors. For example, if a disabled child is thirsty but his parents are not
around with him, he can simply hit the button corresponding to a picture of water.
Hence, signal will be transmitted to a receiver to light up an LED, to display a message
on a LCD screen and to trigger tones. This way, parents can easily notice the needs of
the disabled child as long as they are within indoor house area.