Pada zaman moden ini yang berkembang pesat, penghantaran beban ekonomi yang baik adalah sangat penting untuk mengurangkan kos penjanaan, menjimatkan tenaga dan memelihara alam sekitar. Analisis aliran beban memainkan peranan yang amat penting untuk tujuan ini kerana ia dapat memastikan aliran kuasa yang stabil, bermutu dan ekonomikal. Dengan menjalan analisis aliran beban, semua parameter yang penting dalam sesebuah sistem seperti magnitud voltan, sudut fasa, kuasa sebenar, kuasa reaktif, dan kerugian talian dapat dikenalpasti. Terdapat banyak kaedah yang boleh digunakan untuk menjalankan analisis aliran beban. Walau bagaimanapun, projek ini akan memberi fokusnya dalam dua kaedah utama iaitu kaedah Gauss-Seidel dan kaedah Newton-Raphson. Selain itu, kaedah hibrid berasaskan kedua-dua kaedah itu juga akan digunakan. Program MATLAB ditulis untuk setiap kaedah yang bakal diuji dalam tiga sistem piawai iaitu sistem IEEE-30 bas, sistem IEEE-57 bas, dan sistem IEEE-118 bas. Keberkesanan kaedah yang digunakan akan diukur dari segi bilangan lelaran dan masa pengiraan yang diambil untuk penumpuan. Setelah itu, analisis lanjutan dilakukan dengan membandingkan keputusan simulasi yang diperolehi daripada kaedah-kaedah yang dijalankan untuk menentukan kaedah yang terbaik.
_______________________________________________________________________________________________________
A good economic dispatch is highly essential in order to minimize production cost, conserve energy and preserve the environment especially in today’s fast growing modern world. This is where load flow analysis comes into play. The task of ensuring a stable, reliable and economic power flow within a system can be easily achieved through load flow analysis. By conducting load flow studies, all important parameters in a system such as voltage magnitudes, phase angles, real power, reactive power, line flows and line losses can be easily analyzed and determined. There are many methods that can be used to conduct load flow studies and analysis. In this project, the main focus is on Gauss-Seidel, Newton-Raphson and hybrid methods that are derived from the first two. MATLAB source codes are developed for each method to be tested on three standard test systems i.e. IEEE-30 bus, IEEE-57 bus and IEEE-118 bus test systems. The effectiveness of the methods used is measured in terms of number of iterations and computation time taken for convergence. Further analysis is done by comparing the simulation results obtained from the various methods to determine the best possible method.