Kapal terbang tanpa juruterbang dilihat sebagai satu jenis kenderaan yang penting pada masa ini. Banyak negara termasuk Singapura telah memiliki kapal terbang tanpa pemandu. Disebabkan Malaysia telah pun mencipta satelit yang dinamakan RazakSAT, adalah tidak mustahil juga untuk Malaysia mencipta kapal terbang tanpa pemandu. Penggunaan kapal terbang tanpa pemandu akan mendatangkan banyak kebaikkan antaranya pengurangan kos, peningkatan tahap keselamatan dan permudahan tugasan yang sukar. Objektif utama di dalam tesis ini adalah membina model 3-dimensi kapal terbang tanpa juruterbang Predator dan membandingkan ia dengan kapal terbang tanpa juruterbang Predator yang sedia ada pada hari ini. Tujuh utama di dalam reka bentuk konsep kapal terbang telah dicadangkan oleh Anderson[10]. Ianya adalah kehendak misi, anggaran berat pertama, nilai prestasi kritikal, tatarajah, anggaran berat yang lebih baik, analisis prestasi dan pengoptimuman. Setiap keputusan yang diperolehi, dibandingkan dengan prestasi Predator dan factor-faktor yang menyebabkan perbezaan di antara kedua-dua kapal terbang tanpa juruterbang ini dibincangkan. Kapal terbang tanpa juruterbang ini telah direka untuk ia beroperasi di dalam Malaysia, maka akan terdapat perbezaan di antara dua kapal terbang tanpa juruterbang ini. Model 3-dimensi untuk Predator direka dan terdapat perbezaan dengan Predator yang dicipta oleh USAF tetapi model ini pasti akan berubah semasa reka bentuk saringan dan terperinci. Keputusan yang diperolehi menunjukkan adalah tidak mustahil untuk Malaysia mencipta kapal terbang tanpa juruterbang. Keputusan ini akan digunakan di dalam fasa reka bentuk saringan di mana analisis aerodinamik, struktur dan system kawalan akan dilakukan. Akhir sekali, fasa reka bentuk terperinci, juga dikenali sebagai fasa nat dan selak akan dilakukan di mana saiz, bilangan dan lokasi bagi pengikat akan ditentukan diikuti dengan pembinaan kapal terbang itu.
_________________________________________________________________________________________
Nowadays, a UAV is an important vehicle. Many countries already have their own UAV, even Singapore. Malaysia already has RazakSAT, so it is possible to have a UAV developed by Malaysian. The use of the UAV is everywhere because it gives a lot of benefit which include cost reduction, increment in safety level and simplification of hard tasks. The main objective of this thesis is to generate a 3D model of Predator and compare it with the actual Predator that exists nowadays. Seven pivot points was suggested by Anderson[10] for conceptual design which are mission requirements, first estimation of the airplane weight, critical performance parameters, layout configuration, better weight estimation, performance analysis and optimization. Each single result was compared to the Predator’s performance and was discussed why there is a difference between those two UAV’s parameters. This UAV was designed to operate in Malaysia so it has different parameters compared to Predator developed by USAF. The project outcome is a 3D model of the Predator and it is a bit different from the actual Predator but perhaps the layout configuration will changes in preliminary and detail design. The result obtained is acceptable and it is possible for Malaysian to have own UAV. It will be used in preliminary design which aerodynamic, structural and control system analysis take place. Finally, the design process will enter detail design also called nuts and bolts phase which size, numbers and location of fasteners will be determined before the fabrication takes place.