(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Civil Engineering >

Mengukur kekuatan tanah laterit menggunakan kaedah proctor, CBR, Proba McKintosh dan Piezocone

Mengukur kekuatan tanah laterit menggunakan kaedah proctor, CBR, Proba McKintosh dan Piezocone / Azly Zaherman Abu Bakar
Tanah laterit telah diuji untuk kesesuaiannya sebagai bahan pembinaan dengan menggunakan pelbagai darjah pemadatan dan ianya diuji dengan menggunakan Kaedah Proba MacKintosh, Nibah Galas California (CBR) dan Piezocone. Tiga darjah Pemadatan telah diaplikasikan dalam ujikaji ini. Keputusan ujikaji menunjukkan tanah laterit akan menjadi bahan yang lebih baik dari segi kekuatannya apabila diberi tenaga pemadatan yang makin meningkat. Keputusan ujikaji juga menunjukkan bahawa kekuatan maksimum yang diukur menggunakan pelbagai kaedah ini telah memberi kandungan kelembapan optimum yang berbeza. Dengan menggunakan Pemadatan Proctor Piawai, Kandungan kelembapannya paling hampir dengan keputusan yang diperolehi dari ujian CBR. Manakala, dengan menggunakan pemadatan proctor pertengahan dan proctor berat, kandungan kelembapan optimumnya menghampiri dengan keputusan yang diperolehi daripada daya geseran melalui Ujian Piezocone. Ujian menunjukkan sekurang – kurangnya keputusan yang diperolehi daripada Kaedah CBR menunjukkan kandungan kelembapan yang hampir dengan ujian Proctor Piawai. _______________________________________________________________________________________________________ A laterite soil is examined for its suitability as a construction material by varying the compaction energy and testing its corresponding strenghts in the compacted state using MacKintosh Probe, California Bearing Method (CBR), and Piezocone Methods. Three compaction energy levels are utilised. The results show that the laterite soil constitutes a better material in term of its strength when given an increase amount of compaction energy. The results also show that the maximum strengths as measured using the varying methods gives different optimum moisture contents. By using the standard proctor compaction, its optimum moisture content is the most similar to the one obtain from CBR method. By using the intermediate and modified proctor compactions, their optimum moisture content is very similar to the one obtained from the skin friction of the Piezocone Test. The experiment had suggested that the CBR method at least is showing identical optimum moisture content as the proctor, thus its suitablility for strength measurement as much as proctor can give.
Contributor(s):
Azly Zaherman Abu Bakar - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Identifiers:
Accession Number : 875002398
Language:
Bahasa Melayu
Subject Keywords:
laterite; soil; energy
First presented to the public:
5/1/2006
Original Publication Date:
9/8/2020
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Civil Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 106
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2020-09-08 16:51:54.186
Submitter:
Mohd Jasnizam Mohd Salleh

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Mengukur kekuatan tanah laterit menggunakan kaedah proctor, CBR, Proba McKintosh dan Piezocone1 2020-09-08 16:51:54.186