(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Civil Engineering >

Temporal relationship between particulate matter (pm 10) and sulphur dioxide (SO2) in developing town in north Malaysia

Temporal relationship between particulate matter (pm 10) and sulphur dioxide (SO2) in developing town in north Malaysia / Dayangku Kamisah Awangku Ibrahim
Udara merupakan komponen yang sangat penting kepada kehidupan benda hidup seperti manusia, haiwan dan tumbuhan. Namun pencemaran udara yang berlaku semakin serius apabila kandungan bahan pencemar meningkat dalam udara. Terdapat pelbagai jenis bahan pencemar seperti karbon monoksida, nitrogen dioksida, hidrokarbon, sulfur dioksida dan partikel terampai. Bahan pencemar ini disebarkan daripada pelbagai sumber seperti kenderaan bermotor, industri dan pembakaran terbuka. Skop kajian projek ini adalah tertumpu kepada jenis bahan pencemar iaitu partikel terampai bersaiz kurang daripada 10μm dan sulfur dioksida di kawasan Prai,Pulau Pinang. Prai merupakan salah satu kawasan perindustrian di Malaysia dan sektor perindustrian memberi sumbangan yang besar terhadap pencemaran di kawasan ini. Kajian dijalankan terhadap kepekatan partikel terampai bersaiz kurang daripada 10μm melalui data daripada bulan Januari sehingga Ogos dan sulfur dioksida berdasarkan data dari bulan Januari sehingga Jun. Bagi partikel terampai bersaiz kurang daripada 10μm, nilai purata adalah dalam lingkungan 61μg/m³ sehingga 93μg/m³, nilai tertinggi adalah 540μg/m³ dan nilai terendah adalah 7μg/m³. Bagi Sulfur dioksida pula nilai purata adalah dalam lingkungan 0.014ppm sehingga 0.025ppm, nilai tertinggi adalah 0.147 ppm dan nilai terendah adalah 0 ppm. Nilai r² bagi PM10 dan SO2 adalah 0.0097 bagi hari biasa dan 0.2927 untuk hujung minggu. Ini menunjukkan perubahan SO2 tidak mempengaruhi perubahan PM10. _______________________________________________________________________________________________________ Quality of air is a very important component to human beings, animals and plants. But, nowadays air has become polluted seriously and the amount of the air pollutants increasing in the air. There are many types of air pollutants such as carbon monoxide, nitrogen dioxide, hydrocarbon, sulphur dioxide and particulate matter. These air pollutants are contributed by many sources such as motor vehicles, industry, and open burning. The scope of this research is about particulate matter up to 10μm and sulphur dioxide in Prai, Pulau Pinang. Prai is one of the industrial areas in Malaysia and this sector contributed large effect to the pollution of this area. These studies are done on the concentration of particulate matter (PM10) by analysis the data from January till August and for sulphur dioxide (SO2) the data given from January till Jun. For PM10 the mean values ranging from 61μg/m³ up to 93μg/m³, maximum value is 540μg/m³ and minimum value is 7μg/m³ and for SO2 the mean values ranging from 0.014 ppm up to 0.025 ppm, maximum value is 0.147 ppm and minimum value is 0 ppm. The value of correlation (r²) between PM10 and SO2 is 0.0097 for weekdays and 0.2927 for weekends which indicates that there is poor correlation between PM10 and SO2.
Contributor(s):
Dayangku Kamisah Awangku Ibrahim - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Identifiers:
Accession Number : 875001957
Language:
English
Subject Keywords:
air; polluted; hydrocarbon
First presented to the public:
4/1/2005
Original Publication Date:
9/25/2020
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Civil Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 82
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2020-09-25 16:20:53.127
Submitter:
Mohd Jasnizam Mohd Salleh

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Temporal relationship between particulate matter (pm 10) and sulphur dioxide (SO2) in developing town in north Malaysia1 2020-09-25 16:20:53.127