Cerun yang terbentuk daripada pasir adalah merupakan salah satu cerun
semulajadi yang biasa ditemui di Malaysia. Kebarangkalian untuk cerun pasir gagal
secara semulajadi adalah sangat tinggi jika dibandingkan dengan cerun semulajadi yang
lain. Malaysia merupakan negara yang mempunyai cuaca yang lembap dimana
tanahnya menerima hujan sepanjang tahun dan dipercayai ianya menjadi faktor utama
yang mempercepat kegagalan cerun semulajadi berpasir. Oleh sebab itu, munculnya
kajian berkaitan dengan mekanisma berkaitan kegagalan cerun berpasir di dalam
lapisan tanah tidak tepu sebagai langkah penyelesaian. Model fizikal adalah salah satu
daripada kaedah yang sering digunapakai. Melalui kaedah ini, penggunaan pasir
standard seperti pasir Toyoura dan Ottawa sebagai bahan utama untuk model fizikal
adalah diperlukan memandangkan ciri-ciri asas pasir telahpun biasa di kaji di seluruh
dunia. Malangnya, kedua-dua pasir tersebut adalah mahal dan mengambil masa untuk
di import dari tempat lain. Oleh yang demikian, kajian ini mencadangkan penggunaan
pasir yang diambil daripada sebuah lombong di Kampung Trong sebagai alternatif
untuk bahan model fizikal. Perbandingan mengenai ciri-ciri asas dan kekuatan pasir ini
dibincangkan di dalam kajian ini. Walaubagaimanapun, melalui ujian yang dilakukan,
didapati bahawa saiz zarah untuk pasir yang di uji mempunyai peratusan perbezaan
yang besar jika dibandingkan dengan pasir Toyoura dan pasir Ottawa. Hal ini kerana,
pasir yang di uji di ambil secara terus dari lombong tanpa sebarang penambahbaikan
seperti pembasuhan, pengehadan saiz pasir, penghapusan bahan kimia dan sebagainya.
Oleh sebab itu, beberapa cadangan telah disenaraikan dalam usaha mendapatkan
keputusan yang diharapkan dalam kajian akan datang. Bagi kekuatan pasir pula, pasir
bersaiz 2mm adalah digalakkan untuk digunakan bagi model fizikal disebabkan
kurangnya perbezaan jika dibandingkan dengan pasir Toyoura dan pasir Ottawa.
_______________________________________________________________________________________________________
Sand is one of the common natural slope material presences in Malaysia. It is
believed that the tendencies of sand slope failure are higher if compared to other natural
slope structure. This is because, Malaysia is a humid country where it receives rainfall
continuously each year and it is believed to be one of the triggering factors of sand
slope failure. For that reason, the study of mechanism of slope failure in unsaturated
soil layer emerges as a way to counter the landslide problems. Physical model was one
of the methods that were commonly used to study the mechanism of slope failure. For
this method, there was a need for the usage of standard sand such as Toyoura and
Ottawa sand as the main materials since its basic characteristics had been observed and
used worldwide for physical model. Unfortunately, it is expensive and time consuming
to be imported from other places. For that reason, this study proposed the usage of sand
taken from a mine in Kampung Trong, Perak as an alternative for physical models
materials. Comparison about the basic characteristic and strength of sand was discussed
in this study. However, for basic characteristics of sand sample it was found that the
particle size somehow had a big percentage difference if compare with Toyoura and
Ottawa sand. This is because, tested sand was naturally taken from the mining site
without any proper modification as follows to what Toyoura and Ottawa already
experience such as washing, size limitation, chemical disinfection and such. Due to that
reasons, several recommendations had been enlisted so that the sand sample able to
reached the desirable results. In terms of strength, the 2mm size sand was
recommended to be used as physical model materials due to the less differ when
compared with Ottawa shear parameters (cohesion and friction angle).