Batu bata merupakan bahan penting dalam pembinaan khususnya pembinaan
bangunan dan ianya digunakan secara meluas di segenap pelusuk dunia sejak beberapa
abad yang lalu sehingga ke hari ini. Penggunaan bahan ini berkait rapat dengan
beberapa faktor antaranya ialah disebabkan kerana mudah diperolehi, harga yang
murah dan pengendalian kerja yang mudah. Namun, terdapat masalah yang timbul,
kesan daripada penggunaan batu bata tersebut antaranya ialah keretakan pada dinding
bangunan. Bagi tujuan kajian, sejumlah 12 unit spesimen di bina, dengan menggunakan
batu batu blok berdimensi 390 mm x 190 mm x 190 mm seunit dan diikat secara
menegak sehingga mencapai tinggi 1 meter termasuk ketebalan mortar, terbahagi
kepada empat kumpulan yang berbeza, iaitu tanpa lepaan (A), satu belah bahagian di
lepa (B), kedua belah bahagian dilepa (C) dan kedua belah bahagian dilekatkan dengan
polimer karbon gentian diperkuatkan secara menegak (D), dimana setiap kumpulan
berkuantiti 3 unit. Nisbah bancuhan bahan yang digunakan untuk penghasilan mortar
adalah berdasarkan ASTM C 1437 bagi setiap spesimen yang dihasilkan. Hasil
pemerhatian dan ujian didapati nilai purata bagi beban gagal adalah seperti berikut (A)
180 kN , (B) 175 kN, (C) 209 kN, dan (D) 198 kN. Kesimpulan dapat dibuat kekuatan
kumpulan (C) adalah yang tertinggi namun corak keretakkan tidak dapat dikawal
berbanding kumpulan (D) dimana corak keretakkan adalah secara pugak serta dapat
dijangkakan
_______________________________________________________________________________________________________
Brick is an important material in the construction of particular buildings and it
is widely used in all parts of the world over the last century until today. The use of
these materials is closely related to several factors, among which are easily obtained,
cheap and easy job control. There are some effects that arise through the use of brick in
building construction. For the purposes of the study, a total of 12 units of bond brick
for prism in architecture, using concrete blocks of dimensions 390 mm x 190 mm x 190
mm unit and each specimen that is built has a height of 1 metre, the specimens are
classified into controlled specimen without any plaster, one sided plastered, two sided
plastered, and specimen strengthened by Carbon Fibre Reinforced Polymer (CFRP)
strip in vertical orientation. The mixing ratio of the materials used for the production of
mortar for the use of bonding and rendering are the same and tests conducted in
accordance with ASTM C 1437 to ensure that the characteristics of the were resulting
set is the same and controlled. During the tests performed, the effects of the resulting
pressure is observed and recorded. The results of observations and tests found the
average value of the failure load is as follows (A) 180 kN, (B) 175 kN, (C) 209 kN, and
(D) 198 kN. The conclusion that can be made is strength group (C) is the highest but
crack pattern could be controlled compared to the group (D) in which the pattern of
cracks is vertical and can be expected.