Industri pembinaan di Malaysia adalah merupakan suatu bidang yang sedang berkembang
maju dan cepat selaras dengan kemajuan negara. Kita sedang menuju ke arah negara
maju menjelang abad ke 21 ini. Tidak dapat kita nafikan penggunaan konkrit di dalam
pembinaan adalah sangat meluas sekali. Namun di sebalik keghairahan kita atau pihakpihak
yang berkenaan ingin menjayakan sesuatu projek pembinaan misalnya, masih
terdapat beberapa kelemahan seperti berlakunya kecacatan dan kegagalan ke atas
struktur konkrit yang dibina. Apabila terdapatnya kecacatan ataupun kegagalan ke atas
struktur konkrit terpaksalah pihak berkenaan mengeluarkan perbelanjaan yang besar
untuk menanganinya. TNB sebagai sebuah syarikat yang mempunyai tanggungjawab
membekalkan tenaga elektrik dengan rangkaian stesen janakuasa dan empangan yang
diperbuat dari konkrit, tidak dapat dielakkan dari mengalami kerosakan dan kecacatan
pada struktur konkrit. Melalui kajian kes ini, akan dapat diketahui punca keretakan dari
pelbagai faktor seperti kaedah pembinaan, serangan kimia seperti pengkarbonatan, faktor
geologi dan geografi, faktor bahan yang digunakan dan sebagainya. Saiz keretakan pada
struktur konkrit itu perlu dipantau pada setiap bulan untuk suatu jangkamasa. Daripada
data yang dicerap, hasil kajian mendapati kejadian keretakan pada struktur konkrit pada
umumnya adalah disebabkan oleh pengecutan kering dan pergerakan awal haba serta
memerlukan dijalankan kerja-kerja membaikpulih supaya struktur tersebut terjamin lebih
kukuh dan jangka hayatnya dapat dipanjangkan serta selamat digunakan.
_______________________________________________________________________________________________________
Construction industry in Malaysia today is developing very rapid .We are moving
towards a developed country in the twenty first century. In spite of the vast concrete
usage where new projects are being implemented, there are still a lot of weaknesses
such as the failure or deterioration of a concrete structure. Whenever a concrete structure
fails to perform, a big amount of money has to be spent in order to replace or to rectify it.
Tenaga Nasional Berhad ( TNB ) as one of the biggest power producer in Malaysia,
having all the links of hydro electric power plants is also facing the same problems for
their concrete structure. Through this case study on the defects and cracking of concrete
at the Chenderoh Hydro Electric Power Station, the most common factors for concrete
failure at service such as weakness during construction, chemical attacks, carbonation,
geology and geographical factors or even the raw materials used will be known. Cracks
width are being monitored every month for a certain period. From the data collected,
studies has been carried out and found that the cracking of the concrete structures are
mainly due to drying shrinkage or thermal cracking and needs rehabilitation in order to
prolong its service with ease and safe.