Sel bahan api mikrob (MFC) menggunakan bakteria untuk menjanakan elektrik daripada pengoksidaan bahan organik. Bakteria pengurang sulfat (SRB), Desulfovibrio vulgaris telah digunakan dalam kajian ini. Sisa kumbahan yang telah diaktifkan diambil dari loji rawatan air sisa domestik untk digunakan di dalam kajian ini. Pengoptimuman pertumbuhan Desulfovibrio vulgaris dan penjanaan elektrik telah dijalankan dengan menggunakan tiga pembolehubah iaitu jarak anod / katod, pH dan suhu di dalam sel bahan api mikrob. Keputusan menunjukkan bahawa keadaan optimum untuk pertumbuhan Desulfovibrio vulgaris dan penjanaan elektrik ialah: jarak elektrod 2 cm, pH 6 bagi substrat, dan suhu pengeraman 40 ˚C. Ketumpatan voltan dan kuasa maksimum adalah 384 mV dan 1506,08 mW/m2. Ini menunjukkan bahawa sel bahan api mikrob boleh digunakan untuk menjana tenaga elektrik dan mengitar semula sisa kumbahan dari loji rawatan air sisa. Penggunaan sel bahan api mikrob dalam kajian ini akan membawa kepada satu sumber tenaga baru yang mampan dan menyelesaikan masalah pencemaran alam sekitar.
_______________________________________________________________________________________________________
Microbial fuel cell (MFC) uses bacteria to generate electricity from the oxidation of organic matter. Sulphate reducing bacteria (SRB), Desulfovibrio vulgaris was used in this study. The substrate was activated sludge taken from domestic wastewater treatment plant. Optimization of Desulfovibrio vulgaris growth and electricity generation was carried out using three variables which is anode/cathode distance, pH and temperature in a MFC. Result showed that the optimum condition for growth of Desulfovibrio vulgaris and electricity generation were: electrode distance 2 cm, substrate of pH 6, and incubation temperature of 40 ˚C. The maximum voltage and power density were 384 mV and 1506.08 mW/m2. This showed that MFC can be used for electricity generation and recycled the sludge from the wastewater treatment plant. The application of MFC in this study would lead to a new sustainable energy source and solved the environmental pollution problem.