Sampel air larut resap yang sebenar telah diambil dari Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung yang terletak di negeri Pulau Pinang digunakan dalam kajian ini. Kajian ini bertujuan untuk menyiasat kecekapan proses elektrokoagulasi menggunakan elektrod besi sebagai anod dan katod untuk menurunkan kandungan keperluan oksigen kimia, warna, kekeruhan, dan logam berat di dalam sampel. Kesan oleh masa, pH dan voltan terhadap kecekapan olahan air larut resap ini telah pun disiasat. Dengan menggunakan pendekatan ini bagi mengolah air larut resap, warna dan kekeruhan air larut resap telah berjaya dikurangkan sebanyak 94% dan juga 96.78%. Kedua-dua peratusan penyingkiran maksimum ini telah dicapai pada aplikasi voltan 3 V. Justeru, voltan optima bagi penyingkiran warna dan kekeruhan adalah pada 3 V. Olahan secara elektrokoagulasi ini juga berjaya menyingkirkan kandungan logam berat iaitu Kalsium dan Magnesium yang tinggi pada sampel air larut resap yang dikaji, iaitu sebanyak 92.6% dan 82.6%. Peratusan maksima bagi penyingkiran logam berat ini telah dicapai pada aplikasi voltan 6 V dan 30 minit masa.
_______________________________________________________________________________________________________
A real leachate sample, taken from Pulau Burung Landfill Site (PBLS) in Penang state, was used in order to investigate the efficiency of electrocoagulation (EC) process using iron electrodes as both cathodes and anodes to reduce chemical oxygen demand (COD), color, turbidity, and heavy metals of the sample. The effects of reaction time, pH and voltage on the efficiency of the leachate treatment were investigated. This treatment of the studied leachate was successfully removed color and turbidity about 94% and 96.78% respectively. Both maximum removal of color and turbidity were achieved at 3 V of voltage. Therefore, the optimum voltage for removal of color and turbidity was 3 V. The EC application also could successfully lower the high content of heavy metals inside the studied leachate namely Calcium and Magnesium by 92.6% and 82.6%, respectively. These maximum heavy metal removal percentages were achieved at 6 V of voltage and 30 minutes of reaction time.