Kapasiti penjerapan yang rendah menggunakan mineral tanah liat semula jadi
adalah isu ekonomi utama yang menghadkan aplikasi sebagai bahan penjerap kos
rendah untuk penyingkiran logam berat daripada air sisa. Dalam konteks ini, bentonit
asli telah diubahsuai menggunakan kaedah pengaktifan asid. Kajian semasa telah
memberi tumpuan kepada proses penjerapan melalui kaedah lapisan yang nipis disaluti
bahan penjerap. Kajian ini telah menyumbang kepada pengeluaran salutan penjerap
menggunakan 'Paintosorp'. Paintosorp dikenali sebagai cat mesra alam sekitar terdiri
daripada penjerap iaitu bentonite yang diaktifkan, pengikat berasaskan air dan air
suling sebagai pelarut bertujuan menyingkiran logam berat. Dalam kajian ini, tingkah
laku penjerapan Paintosorp berkenaan dengan Cu2+ dan Zn2+ telah dikaji untuk
diaplikasikan dalam pembersihan air sisa. Kaedah ujikaji kumpulan dijalankan
menggunakan kepekatan logam dalam larutan yang terdiri daripada 10 mg/l hingga 50
mg/l. Peratusan penyingkiran dan tahap pengambilan ion logam telah ditentukan bagi
penjerapan. Eksperimen telah dijalankan sebagai fungsi kepekatan logam, pH larutan,
kelajuan pencampuran dan suhu. Peratusan penyingkiran ion logam berkurangan
dengan peningkatan dalam kepekatan ion logam. pH optimum untuk penyingkiran
tembaga dan zink adalah pH 5. Paintosorp dicirikan menggunakan FTIR dan SEM
teknik. Model isoterma Langmuir dan Freundlich telah digunakan untuk
menggambarkan keseimbangan isoterma. Sistem penjerapan mengikut model isoterma
Langmuir. Dapatan kajian menemui Paintosorp mempunyai potensi yang besar untuk
membuang kationik spesies logam berat daripada air sisa industri.
_______________________________________________________________________________________________________
Low adsorption capacity of natural clay minerals is a economic issue which
limits application as low cost absorbents for removal of heavy metals from wastewater.
In this context, natural bentonite was modified using acid activation method. This
current research has been focused on adsorption process through coating method
which is thin coated adsorbent layer. This research has contributed to the production
of adsorbent coating named ‘Paintosorp’. Paintosorp as an environmental friendly
paint was made up from adsorbent which is activated bentonite, water-based binder
and distilled water as a solution for heavy metal removal purposes. In this study, the
adsorption behaviour of Paintosorp with respect to Cu2+ and Zn2+ has been studied in
order to consider its application to the purification of wastewater. The batch method
has been employed, using metal concentrations in solution ranging from 10 mg/l to 50
mg/l. The percentage removal and uptake level of metal ions were determined for the
adsorption. Experiments were carried out as a function of concentration of metals,
solution pH, mixing speed and temperature. The percentage removal of metal ions
decreases with an increase in the initial metal ion concentration. The optimum pH for
copper and zinc removal was pH 5. The Paintosorp is characterized using FTIR and
SEM techniques. The Langmuir and Freundlich adsorption models were applied to
describe the equilibrium isotherms. The Langmuir isotherm model was found more
representative. The finding discovered the Paintosorp hold great potential to remove
cationic heavy metal species from industrial wastewater.