Projek ini adalah untuk merakabentuk kad yang boleh mengesan isyarat analog supaya isyarat itu
dapat di tukarkan kepada nilai perduaan perkakasan tersebut . Di dalam makmal isyarat audio akan di paparkan pada ossiloskop . Melalui kad penukaran analog ke digital isyarat ini boleh di bekukan dengan menyimpannya di dalam bentuk digital . Di dalam bentuk digital adalah lebih mudah untuk mengkaji dan membandingkan isyarat-isyarat audio . Peringkat pertama terdiri daripada peringkat rekabentuk seterusnya dengan "wire-wrap-ping" , pengujian perkakasan dan perisian . Peringkat ujian menimbulkan beberapa masaalah dari segi kerosakan cip. Peringkat perisian telah berjaya menguji keberkesanan pendekodan litar dan seterusnya memaparkan nilai voltan dan gelombang - gelombang masukan . Keseluruhan projek ini telah berjalan seperti yang diharapkan .
merakabentuk kad yang boleh mengesan isyarat analog; isyarat audio akan di paparkan
pada ossiloskop . Melalui kad penukaran analog ke digital isyarat ini boleh di bekukan dengan menyimpannya di dalam bentuk digital; rekabentuk seterusnya dengan "wire~wrap~ping" , pengujian perkakasan dan perisian.