Dalam proses rekabentuk bangunan, kesan beban angin masih kurang diberi
perhatian dalam merekabentuk bangunan rendah. Terdapat pelbagai definisi bangunan
rendah dan biasanya dikategorikan mengikut ketinggian. Bagi kerangka portal had
ketinggian tidak digunapakai malahan sebenarnya kerangka portal yang tingginya kurang
daripada 15 m juga perlu dipertimbangkan beban angin kerana bukaannya yang besar
disekeliling bangunan itu. Terdapat dua jenis kod piawaian yang biasa digunakan iaitu
BS 6399 : Part 2 : 1995 (BS) dimana penggunaan begitu meluas sebelum adanya MS
1553 : 2002 (MS). Dalam pengiraan beban angin penggunaan MS adalah lebih kecil
berbanding menggunakan BS, iaitu sebanyak 76 % perbezaan tekanan angin bersih pada
permukaan dinding dan 94 % pada permukaan atap ini kerana parameter-parameter yang
digunakan adalah berdasarkan kepada keadaan persekitaran di Malaysia. Dalam
rekabentuk kerangka portal, saiz yang dipilih hendaklah selamat kerana saiz yang dipilih
akan mempengaruhi kos bahan tersebut iaitu kos daripada perunding adalah lebih rendah
dimana 81 % daripada analisis yang menggunakan perisian S-Frame dan 64 % daripada
pengiraan secara manual. Manakala pesongan yang akan dihasilkan pada ufuk-x yang
paling rendah adalah rekabentuk yang menggunakan perisian S-Frame iaitu lebih kurang
88 % jika dibandingkan dengan saiz yang dicadangkan oleh perunding dan 83 % daripada
pengiraan manual. Kebiasaannya, seorang jurutera pengalaman dan penggunaan perisian
yang ada akan menghasilkan rekabentuk yang efektif. Projek ini juga mengkaji, jenis
keberkesanan keratan tiang semesta berbentuk H (UC) sebagai alternatif bagi
menggantikan jenis keratan rasuk semesta berbentuk I (UB) yang biasa digunakan dalam
rekabentuk kerangka portal.
_______________________________________________________________________________________________________
In design building process, the effect of wind load is less considered in design of
low rise building. There are so many definitions of low rise building and normally
categorized according to the height. For portal frame, regardless of its height, ( normally
less than 15 m ) still need to be determined the wind load due to its big opening of the
building. There are two types of standard code, that is wide used (BS 6399:Part 2: 1995)
before the latest standard code of MS 1553:2002. In wind load calculation, Malaysian
Standard (MS) that used is lower than the usage of British Standard, where 76% of
differential in net wind pressure at the wall surface, and 94% of differential in roof
surface. The main reasons are parameters used in MS is represent the true environment in
Malaysia. In design portal frame,the safe size should be chosed because the size will
influence the cost of material. Results shows that the cost from consultancy is 81% less
by using the S-Frame software, compared to 64% of calculation manually. In terms of
deflection in the x-axis, the design using the software S-Frame produces lower deflection
at least 88% compared to the size proposed by consultancy, and 83% from the manual
calculation. Normally, the effectivedesign will be produced by the experience engineer
with the help of design software. This project also studies the potential replacement of
universal column shaped H (UC) the universal I-beam shaped (UB) that is normally
used in design of portal frame.