Sensor memainkan peranan yang penting dalam pertanian moden. Pengunaan
sensor dalam pelbagai sektor pertanian mengurangkan kejejasan cuaca dan persekitaran
terhadap tanaman, meningkatkan hasil dan mengurangkan kos operasi. Industri
cendawan merupakan sebuah industri yang baharu dan kecil berbanding dengan industri
pertanian yang lain di Malaysia. Daya pengeluaran cendawan di Malaysia tidak mampu
memenuhi permintaan pasaran. Pengimportan cendawan semakin meningkat setiap
tahun dan jumlahnya telah mencapai 10 juta tan pada 2012. Oleh sebab kebanyakan
ladang cendawan di Malaysia adalah secara kecil-kecilan, daya pengeluaran ladangladang
tersebut telah dihadkan oleh sistem kawalan yang kurang sesuai dan kekurangan
sumber kewangan. Projek ini membentangkan sebuah litar antaramuka sensor pertanian
bagi memantau dan mengawal keadaan persekitaran dalam sebuah ladang cendawan.
Projek ini dibina menggunakan sebuah sensor suhu dan kelembapan, sebuah sensor
karbon dioksida, sebuah perintang peka cahaya, sebuah papan mikrokontroler Arduino
Uno, dan sebuah modul Wi-Fi. Sistem ini mampu mendapatkan data daripada sensor
yang diletakkan di ladang cendawan dan meghantar data tersebut ke awan ‘ThingSpeak’
untuk penyimpanan. Data tersebut boleh diakses oleh pengguna melalui ‘ThingSpeak’.
Arduino Uno digunakan untuk proses data yang didapati, lalu mengawal peralatanperalatan
di ladang cendawan seperti pelembap udara, kipas dan lampu untuk
mengekalkan persekitaran yang optimum untuk pertumbuhan cendawan. Suhu,
kelembapan, kepekatan karbon diosida dan keamatan cahaya yang diukur oleh sistem
ini mempunyai peratusan ralat serendah masing-masing 0.4%, 1.5%, 2.2% and 1.34%.
_______________________________________________________________________________________________________
Agriculture sensors play an important role in modern agriculture. The use of
sensors in various agriculture sectors minimises the environmental impact on crops,
helps in increasing yield and saving cost of operation. Among all agriculture industries
in Malaysia, the mushroom industry is a comparatively new and small industry. The
production of mushrooms in Malaysia is unable to meet the demand in local markets.
Import of mushrooms has been increasing every year and the amount has reached 10
million tons of mushrooms in 2012. As most of the mushroom farms in Malaysia are
small-scaled, their production capability is limited by inadequate environmental control
system and the lack of financial resources to upgrade the systems. This project presents
an agriculture sensor interface circuit to monitor and control the environmental
conditions in a mushroom farm. It utilizes a temperature and humidity sensor, a carbon
dioxide sensor and a light dependent resistor, the Arduino Uno microcontroller board, a
Wi-Fi module. The system is able to acquire data from the sensors that are placed in the
mushroom farm and send the data to ThingSpeak cloud for storage. The data can be
accessed via ThingSpeak and an Android app designed alongside the project. Arduino
Uno is used to process data acquired from the sensors and control the appliances such as
humidifier, fan and light in the mushroom farm to regulate the environmental condition.
The temperature, humidity, carbon dioxide and the light measured using the circuit
developed have percentage error as low as 0.4%, 1.5%, 2.2% and 1.34% respectively.