(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Civil Engineering >

Estimating the reduction of carbon dioxide (co2) emission from private vehicles in penang island

Estimating the reduction of carbon dioxide (co2) emission from private vehicles in penang island / Mohammad Zahin Mohammad Razif
Pertambahan bilangan kenderaan yang semakin banyak saban hari di jalan raya di Pulau Pinang mempunyai keburukannya tersendiri. Ruang terhad di pulau bersejarah ini hanya memburukkan lagi keadaan apabila jalan mengalami kesesakan lalu lintas yang teruk terutama pada waktu puncak. Kesesakan lalu lintas menyebabkan pelepasan asap kenderaan yang lebih ketara. Gas yang dikeluarkan oleh kenderaan terdiri daripada karbon dioksida (CO2), sulfur dioksida (SO2) dan hidrokarbon (HC) di samping gas-gas yang lain. Gas-gas ini amat berbahaya kepada alam sekitar dan dalam jangka masa panjang, ia boleh menjejaskan kesejahteraan makhluk di muka bumi. Ia juga membuktikan ketidaklestarian. Kajian ini mengkaji kesan jumlah pelepasan gas CO2 jika kenderaan persendirian di atas jalan raya telah berkurang. Berdasarkan cadangan pembangunan Light Rail Transit (LRT) Pulau Pinang, tujuh lokasi di sepanjang penjajaran LRT yang juga terletak di sebelah timur Pulau Pinang telah dipilih sebagai kawasan kajian. Tujuh lokasi itu ialah Zon Bandar Sri Pinang (BSPZ), Zon Skycab (SKYZ), Zon East Jelutong (EJZ), Zon Batu Uban (BUSZ), Zon Sungai Nibong (STZ), Zon Bukit Jambul (BJZ) dan Zon Jalan Tengah (JTZ). Dalam kajian ini, data telah dikumpul melalui kaedah tinjauan lalu lintas menggunakan rakaman video GoPro di semua tujuh lokasi. Data yang telah dianalisis menunjukkan jumlah pelepasan karbon dioksida (CO2) semasa berada pada kadar 1803 kgCO2/PCU. Pengurangan kenderaan persendirian dalam bentuk PCU sebanyak 40%, 50% dan 60% menunjukkan pengurangan langsung sejajar kepada jumlah pelepasan CO2 iaitu 1443 kgCO2/PCU, 1331 kgCO2/PCU dan 1254 kgCO2/PCU. Penemuan dalam kajian ini boleh digunakan sebagai rujukan bagi kerajaan negeri dalam membantu dasar kerajaan negeri terhadap pertumbuhan yang mampan. _______________________________________________________________________________________________________ The staggering number of vehicles on the road in Penang Island that keeps increasing as the day goes by has its drawbacks. The limited space of the historical island only worsens the situation as the roads suffer from massive traffic jam especially during peak hours. Traffic jam causes greater vehicle emissions to be released on the road. The gases released by vehicles comprise of carbon dioxide (CO2), sulphur dioxide (SO2) and hydrocarbons (HC) among many others. These gases are harmful to the environment and in the long run, it may affect the well-being of the creatures on earth. It also proves to be unsustainable. This study investigates the effect of CO2 emission when private vehicles travelling on the road are reduced. Based on the proposed future Penang LRT alignment, seven locations along the Light Rail Transit (LRT) alignment which are also located on the eastern side of Penang Island were chosen for the study. The seven locations are Bandar Sri Pinang zone (BSPZ), Skycab zone (SKYZ), East Jelutong zone (EJZ), Batu Uban zone (BUSZ), Sungai Nibong zone (STZ), Bukit Jambul zone (BJZ) and Jalan Tengah zone (JTZ). In this study, data were collected by means of traffic count survey using GoPro video recording at all seven locations. The data extracted were analysed and total current carbon dioxide (CO2) emission stood at 1803 kgCO2/PCU. Reduction of private vehicles in PCU by 40%, 50% and 60% shows a directly proportional reduction of total CO2 emission which was 1443 kgCO2/PCU, 1331 kgCO2/PCU and 1254 kgCO2/PCU. The findings in this study could be used as a reference for state government in facilitating state government’s policy towards sustainable growth.
Contributor(s):
Mohammad Zahin Mohammad Razif - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Identifiers:
Accession Number : 875008365
Language:
English
Subject Keywords:
vehicles; massive; traffic
First presented to the public:
6/1/2019
Original Publication Date:
10/10/2019
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Civil Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 106
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2019-10-10 11:34:10.809
Submitter:
Mohd Jasnizam Mohd Salleh

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Estimating the reduction of carbon dioxide (co2) emission from private vehicles in penang island1 2019-10-10 11:34:10.809