Disertasi ini bertujuan untuk penyelidikan antena HF yang
beroperasi pada frekuensi tinggi. Penyelidikan ini menggunakan
antena V kerana antena ini dapat beroperasi pada julat HF.
Kajian dijalankan untuk membandingkan corak sinaran dan
menyelidik kesan bahan magnet pada lengan antena tanpa bahan
magnet dan lengan antena dengan bahan magnet. Pengujian corak
sinaran dilakukan dengan cara penyukatan kekuatan medan yang
dihasilkan melalui meter pengukur kekuatan medan VHF. Corak
sinaran daripada praktikal dibandingkan dengan teori menunjukkan
terdapat perbezaan corak sinaran bagi lengan antena tanpa bahan
magnet dengan lengan antena diletakkan bahan magnet. Corak
sinaran yang diperolehi berdasarkan kepada kuasa sinaran yang
dipancarkan oleh antena tersebut. Sudut optimum menjadi lebih
besar apabila magnet diletakkan di dalam lengan antena. Impedan
input juga disukat pada beban penamat untuk melihat taburannya
pada setiap frekuensi yang disetkan. Dari analisa yang
dijalankan dapat disimpulkan bahawa penyelidikan ini telah
mencapai objektifnya iaitu bahan magnet dapat mengurangkan saiz
lengan antena.