Peranan pengurusan kuasa dalam industri elektronik semakin meningkat, ini adalah kerana permintaan yang semakin tinggi daripada peranti mudah alih elektronik yang kian meningkat. Reka bentuk yang lengkap sistem-atas-cip semakin dikehendaki. Pengatur voltan keluaran tanpa kapasitor adalah paling sesuai untuk sistem dalam cip. Ini adalah kerana ia tidak mempunyai kapasitor keluaran yang besar. Objektif projek ini adalah untuk menghasilkan satu pengatur voltan yang dapat mengawal output 1.2V tanpa mengira perubahan pada beban atau pada bahagian bekalan kuasa. Pengatur voltan ini dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu bahagian teras, litar permulaan, litar arus bias, kawalan penjana voltan dan litar meningkatkan slew rate. Slew rate litar ini bertambah baik dengan adanya litar peningkatan ini. Semua transistor dihidupkan supaya litar dapat berfungsi dengan baik. Voltan keluaran hendaklah sama dengan voltan rujukan (Vout = Vref). Menggunakan perisian cadence berteknologi 0.18μm, keluaran 1.2V terhasil apabila arus beban maksimum 10mA. Ia juga boleh mengawal keluaran voltan 1.2V apabila bekalan kuasa diubah daripada 1.4V hingga 2.0V.
_______________________________________________________________________________________________________
The role of power management in the electronics industry is increasing as the increasing demand of portable electronic device is increasing. A complete system-on-chip (SoC) design is being pushed. The most suitable for system on-chip (SoC), is the output capacitorless low-dropout (LDO) voltage regulator as it does not have the large output capacitor. This project is to produce a voltage regulator that able to regulate the output 1.2V regardless the change in the output load or supply voltage. The architecture of a low-dropout (LDO) voltage regulator is being used. It is divided into several parts which is the core LDO, start-up circuit, bias current circuit, control voltage generator and slew rate enhancement circuit. The slew rate of this circuit is improved by this enhancement circuit. All the transistors are turned ON so that the circuit can work properly. The output voltage should be equal to the reference voltage (Vout = Vref). Using software cadence of 0.18μm technology, desired output of 1.2V is able to regulate under maximum load current of 10mA. It also can regulate the output voltage of 1.2V with the supply voltage is varied from 1.4V to 2.0V.