(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Civil Engineering >

Potential use of poly-aluminium chloride (pac) and tobacco leaf as coagulant and coagulant aid in post treatment of landfill leachate

Potential use of poly-aluminium chloride (pac) and tobacco leaf as coagulant and coagulant aid in post treatment of landfill leachate / Nurfarahim Rusdizal
Di Malaysia, terdapat lebih 261 tapak pelupusan sisa pepejal dan kebanyakkannya berada dalam keadaan yang tidak terjaga. Air larut lesapan yang terhasil daripada tapak pelupusan ini juga tidak diolah dengan sempurna. Salah satu pencemaran alam sekitar yang disebabkan oleh tapak pelupusan sisa pepejal yang berusia adalah penghasilan air larut lesapan yang telah matang dan stabil yang kaya dengan bahan organik, bahan bukan organik, ammonia and logam seperti ferum, zink and plumbum. Jika tidak diolah, air larut lesapan ini berpotensi akan mencemar permukaan tanah dan air bumi. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengolah air larut lesapan yang telah stabil secara kaedah penggumpalan dan pengelompokan menggunakan Poli-aluminium klorida (PAC) dan ekstrak daun tembakau. Eksperimen dijalankan untuk menentukan dos dan pH optimum untuk kedua-dua bahan pengumpal. Prosedur kajian juga termasuklah pengacauan cepat selama 5 minit pada 250 rpm, pengacauan perlahan selama 30 minit pada 60 rpm dan 45 minit untuk pemendapan. Penilaian kajian dibuat berdasarkan lima parameter utama iaitu kekeruhan, pepejal terampai, warna, COD dan ammonia. Penggunaan PAC telah mengurangkan sebanyak 99% kekeruhan, 95% pepejal terampai, 96% warna, 63% COD dan hanya 46% untuk ammonia menggunakan kepekatan PAC sebanyak 1500 mg/L pada pH 6. Untuk ekstrak daun tembakau, tiada pengurangan yang dapat dikesan untuk kekeruhan dan pepejal terampai. Warna pula berkurang pada 30% menggunakan kepekatan ekstrak daun tembakau sebanyak 1000 mg/L pada pH 4. Penggunaan ekstrak daun tembakau juga telah menggurangkan sebanyak 63% dan 46% masimg-masimg untuk COD dan ammonia. Walaubagaimanapun, apabila ekstrak daun tembakau diguna pakai sebagai bahan pembantu penggumpal bersama PAC, penyingkiran dicatatkan sebanyak 21% kekeruhan, 48% pepejal terampai dan 86% warna pada dos PAC 1500 mg/L pada pH 6. Parameter untuk COD dan ammonia juga dicatatkan sebanyak masing-masing 91% dan 54%. Berdasarkan kepada data yang telah dicatatkan, penyingkiran untuk COD dan ammonia adalah lebih tinggi apabila ekstrak daun tembakau ditambah sebagai bahan pembantu pengumpal. Pembentukkan endapan zarah yang dilihat pada gambaran Imbasan Elektron Mikroskop (SEM) dan penambahan saiz yang direkod oleh mesin pengukur (Mastersizer) membuktikan gabungan antara PAC dan ekstak daun tembakau mempunyai kecenderungan bertindak balas dengan unsur pencemar. _______________________________________________________________________________________________________ There are 261 landfills in Malaysia, and most of them are not properly designed. Most of the landfill are considered as dumping ground without leachate treatment facilities. One of the environmental pollution caused by the old landfill is the production of stabilized matured leachate containing high organic materials, inorganic materials, ammonia and metal such as iron, zinc and lead. If not treated and safely disposed, landfill leachate could be a potential source of surface and ground water contamination. Thus, this study was conducted to treat the stabilized leachate using coagulation process using Poly-aluminium chloride (PAC) and tobacco leaf extract. Jar test experiments were performed at various dosages and pH in order to determine the optimum dosage and pH for both coagulants. The procedures include 5 minutes of rapid mixing (250 rpm), 30 minutes of slow mixing (60 rpm) and 45 minutes of settling. The evaluation also done based on the removal of turbidity, suspended solid (SS), colour, chemical oxygen demand (COD) and ammonia (NH3-N). PAC was efficient where 99% turbidity, 95% SS, 90% colour, 63% COD and only 46% of ammonia recorded at dosage 1500 mg/L at pH 6. Apart from that, use of tobacco leaf extract was not effective as coagulant for turbidity and SS reductions. However, it removed 30% of colour at dosage 1000 mg/L at pH 4 and 63% and 46% of COD and ammonia respectively. Besides, when the tobacco leaf used with PAC as coagulant aid, the removal recorded where 21% turbidity, 48% SS and 86% colour at dosage PAC 1500 mg/L at pH 6. Also, the removal of COD and ammonia recorded at 91% and 54 % respectively. Based on the data obtained, this two parameters COD and ammonia, the removal are more efficient when used the tobacco leaf as the coagulant aid. The flocs formation which was observed in the Scanning Electron Microscopy (SEM) image and the size increment resulting from the Mastersizer analysis had proven that this combination had an affinity towards the pollutant element.
Contributor(s):
Nurfarahim Rusdizal - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Identifiers:
Accession Number : 875005588
Language:
English
Subject Keywords:
landfills; leachate; treatment
First presented to the public:
6/1/2015
Original Publication Date:
7/28/2020
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Civil Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 108
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2020-07-28 10:15:15.275
Submitter:
Mohd Jasnizam Mohd Salleh

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Potential use of poly-aluminium chloride (pac) and tobacco leaf as coagulant and coagulant aid in post treatment of landfill leachate1 2020-07-28 10:15:15.275