Di antara semua bateri cas-semula, logam nikel hidrida (NiMH) bateri mula mendapat sambutan di pasaran untuk digunakan bagi peranti elektronik mudah alih seperti video kamera , telefon bimbit, peranti mainan mudah alih dan lain-lain lagi. Namun, banyak pegecas bateri logam nikel hidrida kurang bagus dan tidak menyediakan kitaran pengisian yang sempurna. Pengecas bateri seperti ini tidak menyediakan unit penamat pengecasan akan menyebabkan bateri yang dicas semula rosak dan memendekkan kitaran hidup bateri tersebut. Untuk mengatasi masalah ini, pengecas bateri yang berasaskan micropengawal digunakan. Micropengawal ini akan memantau dan mengawal proses pegecasan tanpa campur tangan manusia. Penggunaan micropegawal diperkenalkan untuk mengurangkan penggunaan komponen elektronik dan menyediakan satu pengecas bateri yang pintar dan memudahkan reka bentuk litar pengecas. Pengecas bateri ini direka untuk mengecas 8.4 voltan logam nikel hidrida dengan menggunakan kaedah pengecasan arus tetap. Kaedah penamatan pengecasan yang digunakan ialah Voltan Beza Negatif diikuti dengan pengecasan perlahan. Untuk memastikan bateri dicas dengan selamat, penamatan pengecasan berdasarkan masa dan suhu turut digunakan bagi tujuan keselamatan. Dengan ciri-ciri ini, pengecas bateri dapat mengelakkan bateri daripada terlebih cas dan memastikan bahawa bateri tersebut dicas dengan betul supaya ia dapat beroperasi pada tahap optimum serta memanjangkan kitaran hidup bateri.
___________________________________________________________________________________
Among all rechargeable batteries, nickel metal hydride (NiMH) batteries are gaining popularity in the market to power portable electronic devices such as video camera, cellular phones, portable gaming device and etc. However, many nickel metal hydride battery charger do not provide efficient and reliable charging cycle. This battery charger without any charging termination control unit would damage the batteries and shorten their effective lifetime. In order to tackle this problem, microcontroller-based battery charger for nickel metal hydride is introduced. The microcontroller will monitor and control the charging process without any human interference. The use of microcontroller has been considered in order to simplify the hardware requirement (number of component used) and provide a powerful and simply charging circuit. This battery charger is design to charge a 8.4 volt nickel metal hydride battery by using constant current charging method. The charge termination method used in this charger design is Negative Delta Voltage method and followed by the trickle charging method to top up the batteries. For safety purpose, Timer termination and Temperature Cutoff method are also included in the design. With this features, the battery charger can avoid overcharging the batteries and ensure that the batteries are properly charged so that they can operate at their optimum rate thus prolonging the batteries lifecycle.