Turapan asfalt kebiasaanya cenderung terhadap kerosakan disebabkan kelembapan dan memiliki ketahanan yang lebih rendah berbanding turapan konkrit. Walaubagaimanapun, kebolehupayaan turapan asfalt boleh ditingkatkan dengan penggunaan bahan tambah atau modifikasi melalui pengubahsuain asfalt. Objektif kajian ini ialah untuk mengkaji kesan pemangkin lekatan dinamakan PBL dan M5000 ke dalam campuran asfalt bersuhu tinggi (HMA). Kebolehupayaan campuran boleh ditafsirkan melalui ciri-ciri perkhidmatan dan ikatan, serta prestasi mekanikal. Ciri-ciri perkhidmatan boleh dinilai melalui indeks kebolehkerjaan (WI) dan indeks tenaga mampatan (CEI) yang menunjukkan sifat campuran asfalt ketika digaul dan dimampatkan mengikut kadar ketumpatan yang dikehendaki. Ciri-ciri ikatan campuran asfalt yang diubahsuai dikenalpasti menggunakan ujian air mendidih dan kaedah rendaman statik bagi menunjukkan tahap salutan setelah menjalani tempoh pengamatan dan suhu yang spesifik. Kebolehupayaan mekanikal bagi campuran asfalt yang telah diubahsuai dinilai melalui kestabilan Marshall, ujian daya ricih Leutner, lenturan separa bulat dan ujian Lottman terubahsuai. Semua sampel telah disediakan dengan gabungan pemangkin lekatan pada sukatan 0.5% dan 1.0% berbanding berat pengikat asfalt bagi kedua-dua bahan tambah tersebut. Daripada ujikaji ini, ciri-ciri ikatan telah meningkat dengan ketara untuk campuran asfalt yang telah diubahsuai berbanding campuran terkawal. Indeks kebolehkerjaaan bagi campuran asfalt yang telah diubahsuai meningkat dan indeks tenaga mampatan menurun berbanding campuran terkawal. Hal ini menunjukkan kebolehkerjaan asfalt yang telah diubahsuai lebih tinggi dan memerlukan kurang tenaga untuk dimampatkan. Campuran asfalt yang telah diubahsuai secara umumnya mempunyai kebolehupayaan yang lebih baik dalam kebanyakkan prestasi mekanikal kecuali keputusan ujian daya ricih Leutner. Campuran terkawal mencapai daya ricih yang lebih tinggi berbanding PBL dalam kedua-dua sukatan. Manakala M5000 pada kadar 0.5% mempunyai daya ricih yang lebih tinggi berbanding M5000 dengan sukatan 1.0% dan campuran terkawal. Oleh itu, campuran asfalt yang telah diubahsuai mempunyai prestasi keseluruhan yang lebih baik berbanding campuran terkawal. Secara amnya, campuran asfalt yang telah diubahsuai mempunyai ketahanan yang lebih tinggi terhadap kelembapan, dan mempunyai daya tahan yang lebih baik terhadap beberapa kondisi cuaca dan beban lalu lintas.
_______________________________________________________________________________________________________
Asphalt pavement is typically susceptible to moisture damage and is less durable compared to concrete pavement. However, the performance of the asphalt pavement could be improved with the incorporation of additives or modifiers thru binder modifications. The objective of the study is to assess the effect of adhesion promoters, namely PBL and M5000 onto the Hot Mix Asphalt (HMA). The performance has been assessed in terms of the service characteristics, the bonding properties and the mechanical performances. The service characteristics were assessed using Workability Index (WI) and Compaction Energy Index (CEI) to show the ease of asphalt mixture to be mixed and compacted to the desired density. The bonding properties of the modified asphalt mixtures were determined using the boiling water test and static test method to indicate the degree of coating after undergoing specific conditioning time and temperature. The mechanical performances of the modified asphalt mixture were evaluated by Marshall stability, Leutner shear, semi-circular bending and Modified Lottman tests. All specimens were prepared by incorporating adhesion promoters at the dosage rates of 0.5% and 1.0% by weight of asphalt binder for both additives. From the investigation, the bonding properties were significantly improved for the modified asphalt mixture compared to the control mixture. The WI of the modified asphalt mixture was increased and the CEI was decreased in comparison to the control specimen, which means the workability of the modified asphalt mixture is higher and requires less energy to be compacted. Modified asphalt mixture generally had better performance in most of the mechanical performances except the Leutner shear test result. The control specimen achieved a higher shear strength than the PBL at both dosages. While the M5000 at 0.5% had higher shear strength than the M5000 at 1.0% dosage and the control specimen. Therefore, the modified asphalt mixtures have better overall performance than the control mix. Overall, the modified asphalt mixture is more moisture resistant and durable against severe weather condition and traffic loadings.