Kajian ini memberi tumpuan kepada pengukuran bunyi bising di dua jenis kawasan kediaman di Nibong Tebal, Pulau Pinang. Kawasan kediaman tersebut berkepadatan rendah (Kampung Batu 2 Jalan Sempadan, Kampung Sungai Bakau dan Kampung Simpang Tiga) dan berkepadatan sederhana (Taman Sri Acheh, Taman Pekaka dan Taman Ilmu Indah). Meter pengukur tahap bunyi digunakan untuk merakam paras bunyi selama 15 minit untuk setiap kawasan kajian dan diulangi sebanyak dua hari untuk hari bekerja dan hujung minggu. Paras bunyi dirakamkan pada waktu pagi (0800-0930), petang (1400-1530) dan malam (2200-2330) untuk setiap hari pengukuran bunyi. Pengiraan secara manual kepadatan trafik juga diukur serentak dengan pengukuran bunyi. Pengukuran kelajuan kenderaan juga direkodkan secara serentak untuk mendapatkan purata kelajuan setiap jenis kenderaan mengikut Arahan Teknik Jalan (8/86), Panduan Rekabentuk Geometri Jalan (kereta, motorsikal, lori kecil dan kenderaan berat). Pengukuran kelajuan menggunakan pengesan perangkap laju jenis laser. Paras bunyi LAeq yang direkodkan di kawasan kediaman berkepadatan sederhana adalah antara julat 61.8 dB(A) hingga 69 dB(A) manakala untuk kawasan kediaman berkepadatan penduduk rendah, paras bunyi LAeq yang direkodkan adalah dalam julat 54.9 dB(A) hingga 66.2 dB(A). Kesemua data bunyi LAeq yang direkodkan melebihi nilai maksimum yang dibenarkan mengikut Garis Panduan Penggunaan Tanah untuk Perancangan dan Pembangunan Baru Bagi Had dan Kawalan Bunyi Alam Sekitar oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia.
_______________________________________________________________________________________________________
This study focuses on the measuring noise levels at two residential areas in Nibong Tebal, Penang. The residential areas are low density residential areas (Kampung Batu 2 Jalan Sempadan, Kampung Sungai Bakau and Kampung Simpang Tiga) and medium density residential areas (Taman Sri Acheh, Taman Pekaka and Taman Ilmu Indah). The sound level meter is used to record noise levels for 15 minutes for each residential area and is repeated for two days on weekdays and weekends. The noise level measurements were monitored in the morning (0800-0930), evening (1400-1530) and night (2200-2330). The traffic density was manually counted simultaneously with noise level measurement. The measurement speed of vehicles were also recorded simultaneously to obtain the average speed of each type of vehicle according to Arahan Teknik Jalan (8/86), A Guide on Geometric Design of Roads (cars, light vans, motorcycle, small lorries and heavy lorries) by using speed laser gun. The average sound level (LAeq) obtained at the medium density residential areas ranges from 61.8 dB (A) to 69 dB (A) while for low density residential areas ranges from 54.9 dB (A) to 66.2 dB (A ). All the sound level (LAeq) recorded were exceeded the maximum permissible sound level (LAeq) according to the Planning Guidelines for Receiving Land Use for Planning and New Development for Environmental Noise Limits and Control by the Department of Environment.