(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Electrical & Electronic Engineering >

Perwarnaan pseudo ultrabunyi dan analisa tekstur dengan menggunakan pendekatan logik fuzzi bagi membezakan sistik dan ketulan padat/Fairul Ariffin

Perwarnaan pseudo ultrabunyi dan analisa tekstur dengan menggunakan pendekatan logik fuzzi bagi membezakan sistik dan ketulan padat_Fairul Ariffin_E3_2006_NI
Ketumbuhan yang mempunyai cecair atau sistik dan ketulan padat adalah dua jenis ketumbuhan yang telah dikenalpasti selalunya berada didalam badan manusia. Terdapat beberapa cara untuk mendapatkan imej didalam badan manusia bagi memastikan terdapatnya ketumbuhan diantaranya mammogram dan juga ultrabunyi. Sungguhpun mammogram terbukti sebagai kaedah pengesanan yang efektif, namun begitu ultrabunyi mempunyai kelebihan yang tersendiri. Ia adalah satu kaedah pemeriksaan yang tidak mengganggu fungsi fisiologi seseorang itu [12]. Ujian ini boleh dilakukan beberapa kali dan ini membolehkan pemerhatian dan penganalisaan dijalankan dengan lebih terperinci. Adalah menjadi suatu keperluan untuk menggunakan teknologi komputer terkini untuk menolong kumpulan radiologis dalam tugas mereka menafsirkan imej ultrabunyi tersebut. Masa depan bidang perubatan dikatakan akan banyak bergantung kepada pengaplikasian teknologi moden untuk penghantaran data, pemprosesan dan juga kemudahan visual. Projek ini dilaksanakan untuk menganalisa imej ultrabunyi secara automatik dimana ia mereplika proses penganalisaan yang dilakukan oleh radiologiss ke atas imej berkenaan. Projek ini menguji keberkesanan menukarkan imej ultrabunyi kelabu (monochrome) kepada imej yang berwarna dengan menggunakan teknik perwarnaan pseudo (pseudocolouring). Teknik ini didapati mampu menyerlahkan imej ultrabunyi tersebut supaya maklumat dapat diperolehi dengan lebih mudah. Teknik ini juga dapat memaparkan nilai tahap kelabu bagi koordinat yang dikehendaki. Oleh itu satu lagi teknik dilakukan iaitu menganalisa tekstur imej ultrabunyi dengan pendekatan logik fuzzi (Fuzzy Logic). Dengan teknik ini, ketulan padat dan sistik atau ketumbuhan cecair dapat dibezakan berdasarkan kekerapan nilai tahap kelabu yang terdapat pada imej ultrabunyi. ______________________________________________________________________________________ There are two type of tumor identified in human body that are cystic and solid. In order to detect and identify this tumor, a few methods have been used and the common methods are mammogram and ultrasound. Although mammogram has been approved to be effective in usage but ultrasound is likely to have its own specialty. In other word ultrasound is a method common that is to be harmless to the physiology of human being. The test is done continuously for purpose of detail analysis and observation. Computers are widely used by radiologist to manipulate and describe the ultrasound image. The future of the medical development is highly depends on the modern technology applications like data sending, and processing visual facilities. This project is implemented to automatically analyze ultrasound image in which it will replicate the analysis process that has been done by the radiologist to the image. This project will test the effectiveness of changing the monochrome image to color image using pseudocoloring technique. This technique will expose the ultrasound image for the essential information analysis purpose. This technique will also show the grey level value the chosen coordinate. Therefore there is another technique used to analyze the texture of the ultrasound image using fuzzy logic. With this technique, solid and cystic can be differentiated based on frequency of the gray level value from the image.
Contributor(s):
Fairul Ariffin - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Language:
Bahasa Melayu
Subject Keywords:
tumor ; mammogram ; ultrasound
First presented to the public:
5/1/2006
Original Publication Date:
4/17/2019
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Electrical & Electronic Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 98
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2019-04-17 17:16:36.244
Submitter:
Nor Hayati Ismail

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Perwarnaan pseudo ultrabunyi dan analisa tekstur dengan menggunakan pendekatan logik fuzzi bagi membezakan sistik dan ketulan padat/Fairul Ariffin1 2019-04-17 17:16:36.244