Malaysia merupakan antara pengeluar terbesar minyak kelapa sawit. Semasa proses
pengeluaran minyak kelapa sawit dijalankan, ianya akan mengeluarkan banyak
efluen kilang minyak sawit yang menyumbang kepada masalah bau. Terdapat
pelbagai kaedah dalam menguruskan bau busuk antaranya ialah penapis bio tetapi,
kos bagi kaedah ini adalah tinggi dan proses penyelenggaraan yang mahal. Oleh
kerana itu, salah satu kaedah yang lebih jimat tetapi berkesan ialah menggunakan
kaedah jarak selamat. Kajian ini dijalankan bagi menguji keberkesanan tiga kaedah
dalam mewujudkan jarak selamat: 1) pemantauan kawasan lapangan dengan
menggunakan Olfaktometer, 2) model CALPUFF dan 3) pengiraan model
penyebaran Gaussian. Oleh kerana tiada perbandingan penyelidikan yang telah
dibuat dalam menggunakan ketiga-tiga kaedah sekali gus, pada akhir kajian ini
perbandingan di antara kaedah-kaedah ini dari segi kesesuaian di Malaysia dan juga
keberkesanan kaedah tersebut akan dibandingkan. Keputusan menunjukkan bahawa
jarak selamat yang sesuai adalah pada 1.3 km dengan menggunakan pemantauan
dalam lapangan, 1.2 km dengan menggunakan CALPUFF dan 0.5 km dengan
menggunakan pengiraan model penyebaran Gaussian. Daripada ketiga-tiga kaedah,
kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang besar pada nilai kepekatan bau di
kawasan sekeliling dengan nilai tertinggi 385 OU m–3 bagi kaedah pemantauan
kawasan lapangan, 6.1 OU m–3 bagi model penyebaran dan 81 OU m–3 bagi
pengiraan model penyebaran Gaussian. Perbezaan tersebut adalah disebabkan
kepelbagaian di dalam cara mengendalikan kaedah-kaedah tersebut dan maklumat
yang digunakan. Kajian ini boleh membantu di dalam kawalan bau di sekitar kilang
kelapa sawit dengan menggunakan kaedah yang paling sesuai dan jarak selamat yang
sesuai.
__________________________________________________________________________________
Malaysia is the largest producer and exporter of palm oil. During the palm oil mill
process, it will release an enormous amount of palm oil mill effluent which becomes
a major odour problem. There are varieties of methods in managing the malodour
such as biofilter, but those methods are expensive and high-maintenance. As the
alternative, the setback distance method can be used as this approach is low-cost and
effective. This research was carried out to verify the performance of three different
setback distance methods: 1) in-field monitoring using Olfactometer, 2) the
CALPUFF model and 3) the Gaussian plume model calculation. Since no research
has compared the three methods, this study examined the suitability to be used in
Malaysia and the effectiveness of the methods. Results show that the proper setback
distances were 1.3 km by using in-field monitoring, 1.2 km by using CALPUFF
model and 0.5 by using the Gaussian plume model calculation. Research shows that
there a huge different in odour concentration value at the surrounding area from
those methods with for 385 OU m–3 in-field monitoring, 6.1 OU m–3 for dispersion
model and 81 OU m–3 for Gaussian plume model calculation. The differences was
cause by the different process in running the method and also the needed data. This
research can recommend a proper way to build a setback distance and setback
distance value to reduce odour nuisance in the areas around palm oil mills.