Teknologi baru dalam meningkatkan keupayaan dan kecekapan transformer semakin dibangunkan berikutan kehendak pengguna yang memerlukan penggunaan tenaga yang lebih efisien dalam pelbagai sektor. Tujuan utama pembentangan projek ini adalah untuk merekabentuk dan membuat sebuah transformer satu fasa yang mempunyai kecekapan yang tinggi, di mana ia mampu menghasilkan kuasa keluaran yang diinginkan berdasarkan arus yang dibekalkan dan berfungsi sebagai penukar langkah turun. Reka bentuk yang dibuat ialah menurunkan voltan dari 240V ke 120V menggunakan ferit E55/28/21. Sementara itu, projek ini bermula dengan kajian ilmiah untuk mendapatkan kefahaman yang lebih mendalam tentang transformer. Selepas itu, pengiraan dilakukan dengan menggunakan Hukum Faraday untuk menentukan saiz konduktor dan bilangan lilitan pada bahagian primer dan sekuder. Seterusnya ialah proses pembuatan di mana pengiraan yang dibuat diaplikasikan untuk mengahasilkan transformer. Akhir sekali ialah ujian yang terdiri daripada ujian dengan beban, ujian litar terbuka dan ujian litar pintas. Kecekapan diperolehi semasa melakukan ujian dengan beban iaitu kuasa keluaran dibahagi dengan kuasa masukan. Kecekapan transfommer satu fasa ini ialah 88.7% dengan kos yang bersesuaian. Langkah untuk mengatasi segala isu yang timbul sepanjang menyiapkan projek ini juga diterangkan. Cadangan untuk meningkatkan rekabentuk juga dimuatkan pada akhir laporan ini.
_________________________________________________________________________________________
New technologies for improving the efficiency of transformers are being developed as consumers demand more energy-efficient transformers. The main task in this project is to design and manufacture a high efficiency single phase transformer which can produce the desired power output base on the supplied current and is functioned as step down transformer. The author designs to step the voltage down from 240V to 120V using ferrite core E55/28/21. Meanwhile this project begins with literature review in order to the author to get more understanding about the transformer. Then, manual calculation using related equations such as Faraday’s law is to determine size of the conductor and turns for primary and secondary side. After that is manufacture process, all the calculations are implemented to produce the transformer. Lastly, is testing which insist of with load test, open circuit test and short circuit test. Efficiency is determined during the load test which the power output in divided by power input. The efficiency of this single phase transformer is about 88.7% with reasonable cost. The constraints and overcoming the obstacle in completing this project will also be described. Recommendations to further improve the design are presented at the end of this report.