Memandangkan sumber minyak mentah mengalami kesusutan dengan kadar
yang cepat, kecekapan penggunaan bahan api menjadi semakin penting bagi
pengguna. Banyak negara membangun mempunyai bilangan motosikal yang banyak,
jadi perbaikan penggunaan bahan api pada motosikal akan mengurangkan
permintaan bahan api dengan kadar yang banyak di negara tersebut. Enjin diesel
memberi kebaikan seperti perbaikan kecekapan terma, kehilangan dalam
pengepaman yang lebih rendah, operasi dengan kandungan bahan api yang kurang
dan geseran rendah yang disebabkan oleh operasi kelajuan rendah, tetapi mempunyai
kelemahan besar iaitu berat tertentu yang tinggi dan ketumpatan kuasa yang rendah.
Enjin dua-lejang mempunyai kelebihan seperti kuasa tinggi, ringan dan geseran
rendah tetapi enjin dua-lejang pracampur mempunyai kelemahan utama seperti
penggunaan bahan api dan bahan cemar yang tinggi yang disebabkan oleh kepintasan
bahan api. Apabila menggabungkan kitar diesel dan kitar dua-lejang, kepintasan
bahan api yang bermasalah akan dihapuskan melalui pemancitan bahan api secara
langsung sementaranya ketumpatan kuasa diesel yang rendah telah ditingkatkan.
Dalam penyelidikan ini, prestasi dari segi pengeluaran kuasa dan penggunaan bahan
api sebuah enjin diesel dua-lejang yang kecil berkapasiti 118cc dengan pemancitan
langsung telah dinilaikan. Pengujian dinamometer dan simulasi prototaip enjin telah
dijalankan untuk tujuan ini. Prototaip enjin itu dibina dengan pengubahsuaian
daripada sebuah enjin gasolin dua-lejang sedia-ada sementara simulasi telah
dijalankan dengan menggunakan perisian pemodelan enjin satu dimensi. Pengaruh masa pemancitan, penalaan sistem ekzos, nisbah mampatan dan geometri kebuk letupan ke atas prestasi enjin telah disiasat. Keputusan uji kaji menunjukkan enjin itu berkeupayaan untuk menggerakkan sebuah motosikal kecil kepada halaju 60km sejam dengan perbatuan 65km seliter sementara prestasi enjin sempurna yang
disimulasikan oleh model enjin memberi halaju tertinggi sebanyak 70km sejam dengan perbatuan 77km seliter.
As oil resources are rapidly being depleted, vehicle fuel efficiency is
becoming more important for consumers. Due to the large number of motorcycles,
improving fuel consumption of motorcycles would greatly reduce fuel demand in
many developing countries. Diesel engines offer the advantages of improved thermal
efficiency, lower pumping losses, lean operation and potentially low friction from
low speed operation with the major disadvantages being a high specific weight and
low power density. Two-stroke engines have the advantage of high power,
lightweight and low friction while premixed two-strokes have the major
disadvantages of high fuel consumption and emissions from fuel short-circuiting.
When combining the diesel cycle with two-stroke cycle, the problematic fuel shortcircuiting
is eliminated through direct fuel injection while the low power density of
diesel cycle is improved. In this research, the performance in terms of power output
and fuel consumption of a 118cc two-stroke direct injection diesel engine was
evaluated. Dynamometer testing and simulation of a prototype engine were
conducted for that purpose. The prototype engine was built by converting an existing
two-stroke gasoline engine while simulation was done using a one dimensional
engine modeling software. The influence of injection timing, exhaust system tuning,
compression ratio and combustion chamber geometry on engine performance was
investigated. Experimental results show that the engine is capable of propelling a
small motorcycle to a cruising speed of 60km/h with fuel consumption of 65km/l,
while the ideal performance of the engine which was simulated by the engine model
gives maximum cruising speed of 70km/h with mileage of 77km/l.