Motor magnet kekal tanpa berus fasa tunggal mempunyai magnet kekal pada rotor
dan mempunyai kecekapan yang lebih tinggi daripada motor induksi, berkelajuan jalurlebar
yang lebih tinggi dan kadar penyelenggaraan yang lebih rendah berbanding motor arus
terus berberus. Motor magnet kekal tanpa berus fasa tunggal lebih murah dan lebih mudah
untuk difabrikasi berbanding dengan motor magnet kekal tiga fasa. Oleh sebab itu, motor
magnet kekal tanpa berus fasa tunggal banyak digunakan di dalam aplikasi berkos rendah
seperti cakera padat, perakam kaset video, CDROM, kipas angin, mesin cetak, mesin
fotokopi dan pam air. Projek ini membincangkan perancangan dan pemodelan motor
magnet kekal tanpa berus fasa tunggal untuk kegunaan pam air. Tujuan projek ini adalah
untuk membina dan menganalisa motor magnet kekal tanpa berus fasa tunggal, prinsip
permulaannya, dan keperluan permulaannya. Untuk menganalisa, perisian untuk simulasi
iaitu Opera 2d digunakan. Pada struktur asasnya, motor magnet kekal tanpa berus fasa tunggal mempunyai 2 bahagian iaitu rotor dan stator. Rotor merupakan bahagian yang bergerak manakala stator merupakan bahagian yang tidak bergerak. Motor ini mempunyai ruang udara yang tidak sekata. Ruang udara yang tidak sekata ini adalah bertujuan untuk menyediakan keperluan untuk memulakan motor ini. Selain itu, motor yang dimodel ini adalah motor jenis fluks selari dan fluks jejari. Hal ini dapat dijelaskan dalam perjalanan medan magnet melintasi ruang udara. Dari projek ini, diketahui bahawa motor berslot dan berkutub empat,berfluks selari mempunyai EMF yang tinggi berbanding dengan motor berslot dan berkutub empat, berfluks jejari, motor berslot dan berkutub dua, berfluks selari dan motor berslot dan berkutub dua, berfluks jejari.
_________________________________________________________________________________________
A single phase permanent magnet brushless motor has a permanent magnet on the rotor and it has a higher efficiency than an induction motor, higher speed bandwidth and lower maintenances compared to a DC brushed motor. A single phase permanent magnet brushless motor is less expensive and easier to fabricate compared to the three phase permanent magnet brushless motor. Thus, the single phase permanent magnet brushless
motor is widely used in low cost and power applications such as disc drives, video cassette recorders, CD, CDROM, fans, laser printers, photocopiers and water pumps. This project discusses about designing and modeling a single phase permanent magnet brushless motor for a light duty water pump. The objective of the project is to construct and analyze the single phase permanent magnet motor, its starting principle and starting requirement.
order to analyze, the Opera 2d simulation software is used. Basically permanent magnet
brushless motors build up of 2 parts namely rotor and stator. The rotor is moving part
meanwhile stator is static part. This motor is having an asymmetrical air gap motor.
Asymmetrical air gap is to induce the starting capability for the motor. Other than that, the
modeled motor is a radial flux motor and parallel flux motor. It can be explained by
magnetic field travels in radial and parallel direction across the air gap. From this project, it
is known that the four slot and four pole motor parallel magnetized having lesser cogging
torque and higher EMF compared to the four slot and four pole motor radial magnetized.
For the two slot and two pole motor, radial magnetized model having the higher EMF and
lower cogging torque compared to the parallel magnetized model. But as overall, the four
slot and four pole motor parallel magnetized having significantly higher EMF and lower
cogging torque among the four model.