(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Electrical & Electronic Engineering >

Characterization of dac/Shukri Korakkottil Kunhi Mohd

Characterization of dac_Shukri Korakkottil Kunhi Mohd_E3_2006_NI
Laporan ini membentangkan berkenaan mempercirikan penukar digital ke analog (DAC). Ia termasuk teori, masalah yang dihadapi, cara menyelesaikan masalah, kaedah pencirian dan keputusan pencirian dan akhir sekali adalah kesimpulan. DAC yang difokuskan disini adalah model ICM7363 kuad 12 bit daripada IC Microsystem (ICmic). ICM7363 adalah dari jenis yang menggunakan input digital secara siri. Untuk mengaktifkan DAC ini, isyarat seperti data input sesiri, isyarat jam, isyarat pemilihan cip, dan isyarat jelas diperlukan. Dalam projek ini, litar mikropengawal 8051 dibina. Tujuan pembinaan litar mikropengawal ini adalah untuk menjana isyarat data sesiri dan juga isyarat lain yang diperlukan bagi mengaktifkan DAC. Litar yang dibina dalam projek ini menggabungkan litar 8051 mikropengawal, litar DAC dan juga litar suis. Terdapat 17 suis yang digunakan untuk masukan data dan isyarat ujian. Keadaan ujian adalah dimana suis ujian ‘ON’. Ini adalah bertujuan untuk menunjukkan DAC berfungsi atau tidak. 8051 mikropengawal diprogramkan untuk membaca status keadaan suis dan kemudian menjana isyarat kepada DAC. Program ditulis dan kemudian dimasukkan ke ROM yang terdapat di dalam 8051 mikropengawal. Program bermula sebaik sahaja sumber disambung. Keluaran yang dihasilkan oleh DAC kemudiannya boleh diukur dan dicirikan. Keluaran DAC diukur dengan menggunakan multimeter. Daripada nilai keluaran ini, beberapa parameter DAC seperti resolusi, kejituan, ralat pengimbangan, ralat skala penuh, perbezaan tak linear (DNL), kamilan tak linear (INL), julat skala penuh, masa selesai, kadar penukaran maksima dan nisbah isyarat ke hangar (SNR) boleh dicirikan. Resolusi DAC dapat ditunjukkan dengan memplot histogram bagi nilai keluaran DAC. Nilai keluaran DAC bagi input bersebelahan dapat ditunjukkan disini. DNL dan INL bagi DAC ini dapat ditunjukkan dengan memplot graf untuk isyarat keluaran DAC. Dari graf, nilai yang diukur dan nilai unggul dapat dibandingkan. Resolusi, DNL, dan INL adalah nilai yang biasa diperolehi dan ini dapat dilihat dari histogram dan graf. Tiada nilai kuantitatif tertentu untuk parameter ini. Parameter lain seperti julat skala penuh, ralat pengimbangan dan ralat pekali dapat dperolehi dengan data masukan sepatutnya. Nilai-nilai ini dapat ditunjukkan secara kuantitatif. Daripada pengukuran, didapati DAC ini beresolusi dan kejituan yang tinggi.Projek menunjukkan keluaran yang memuaskan dan berjaya mencapai objektif. ______________________________________________________________________________________ This dissertation presents about characterization of Digital-to-Analog Converter (DAC). It is included a theory, problem facing, problem solving, characterization techniques, results and lastly conclusion. DAC chip used here for characterization process was ICM7363 Quad 12 bit from IC Microsystems (ICmic). ICM7363 is a serial digital input type of DAC. In order for the DAC to work properly, serial data input, clock signal, chip select signal and clear signal are needed. 8051 microcontroller board was built for data generation and as well as all the signal needed in order to activate the DAC. In this project 8051 microcontroller circuit were combined with DAC circuit and a set of switches. There are 17 switches available. One of these switches used as a test functionality switch. Function of this switch is to indicate whether the DAC is working or not. Other 16 switches used as data input of DAC. 8051 microcontroller was programmed to read the condition of all those switches and then generate signals to the DAC. DAC is then producing an analog output that is proportional with digital input value. The program was written in assembly language. This program was then compiled and burnt into ROM. Program start running whenever supply is connected. The output produced by the DAC is then can be measured and characterized. Measuring tool used here is digital mutimeter. From the output, DAC parameters such as resolution, accuracy, offset error, full-scale error, differential non-linearity, integral non-linearity, full scale range, settling time, maximum conversion rate and signal-to-noise ratio can be characterize. Resolution of the DAC is shown by plotting a histogram of the output. Typical output value for adjacent input is 0.01V. This is the DAC resolution. DNL and INL of DAC are shown by plotting a graph of the output. From here, ideal value and measured value can be compared. DNL and INL are approximately 1LSB for intermediate voltage that is around 2V and 3V. It is more than 1LSB when it comes to bigger voltage. Actually there is no certain quantitative value to describe this. Other parameters result such as full scale range is 4.68V, offset error is 0.010V and gain error is 93.6%. This measurement can be performed by applying an appropriate data input. The value can be shown quantitatively. From measurement, we conclude that this DAC is a very high resolution and accuracy. The project shows a good result and succeeds to achieve its objective.
Contributor(s):
Shukri Korakkottil Kunhi Mohd - Author
Language:
Bahasa Melayu
First presented to the public:
5/1/2006
Original Publication Date:
4/17/2019
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Electrical & Electronic Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 63
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2019-04-17 11:32:00.149
Submitter:
Nor Hayati Ismail

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Characterization of dac/Shukri Korakkottil Kunhi Mohd1 2019-04-17 11:32:00.149