Penjerapan chloramphenicol oleh karbon mesoberliang yang tersusun telah diuji secara berkelompok. Semasa penyedian karbon yang tersusun, syarat-syarat penyediaan optimum diperolehi daripada jurnal. Di samping itu, penyediaan karbon yang tersusun melibatkan juga penyediaan acuannya iaitu silica yang tersusun. Keadaan optimum untuk proses pengkalsinan ialah 550 °C suhu, kadar pemanasan sebanyak ialah 1 K min-1 dan 240 minit masa untuk proses tersebut manakala keadaan optimum untuk proses karbonisasi untuk karbon yang tesusun ialah 800 °C, kadar pemanasan ialah 1 K min-1 dan masa untuk proses tersebut ialah 240 minit. Satu siri kajian penjerapan secara berkelompok telah dijalankan ke atas chloramphenicol pada kepekatan awal yang berbeza dalam lingkungan 10 hingga 50 mg L-1 dibuat pada suhu dalam lingkungan 303 -323 K. Selain itu, kesan pH ke atas penjerapan juga telah dikaji dalam lingkungan pH 3-11. Pengambilan penjerapan maksimum ialah 22 mg/ g pada suhu 303 K. Didapati bahawa Freundlich model paling berpadanan untuk data tersebut. Sementara itu, data kinetic didapati mengikut pseudo-tertib-pertama model dan proses penjerapan pada OMC ialah spontan dan endotermik secara semulajadi berdasarkan kajian termodinamik. Oleh itu, polietilena glikol 400 (PEG-400) ialah salah satu sumber alternatif bagi karbon yang boleh menggantikan sumber karbon berbahaya yang digunakan untuk nano pembuatan daripada karbon yang tersusun.
_______________________________________________________________________________________________________
The adsorption of chloramphenicol on ordered mesoporous carbon (OMC) was investigated in a batch process. During the preparation of OMC, the optimum preparation conditions were obtained from journal. In addition, the preparation of OMC involved the preparation of the template which was ordered mesoporous silica (OMS). The optimum condition for OMS calcination process is 550 °C of temperature, heating rate 1 K min-1 and 240 minutes dwelling time while the optimum condition for OMC carbonization process is 800 °C, heating rates 1 K min-1, and dwelling time of 240 minutes. A series of batch adsorption studies was conducted on chloramphenicol at different initial concentration ranging from 10 to 50 mg L-1 at 303 – 323 K. Besides that, effect of pH on adsorption was studied within the pH 3-11. The maximum adsorption uptake was 22 mg/g at 303 K. The obtained equilibrium data for chloramphenicol was best fitted by Freundlich model. Meanwhile, the kinetics data were best represented by the pseudo-first- order model and the adsorption process on OMC was spontaneous and endothermic in nature based on thermodynamics studies. Therefore, polyethylene glycol 400 (PEG-400) can be adapted as one of the alternatives source of carbon that can replace any hazardous carbon source used for nanocasting of OMC.