Dalam disertasi ini, penambahbaikan kepada penuras Median Penyesuaian Pensuisan Berkuantum (QSAM) telah dilaksanakan, untuk membuat ia lebih berkesan dalam mengurangkan hingar dedenyut bernilai-tetap pada ketumpatan tinggi daripada imej berdigit skala kelabu. QSAM menggunakan pendekatan pensuisan, iaitu ia mempunyai blok pengesanan hingar dan pemansuhan hingar. Pendekatan ini meminimumkan perubahan yang tidak diingini daripada proses penapisan. QSAM juga menggunakan pendekatan penyesuaian, dengan saiz penapis dapat disesuaikan dengan kandungan hingar setempat. QSAM mempunyai dua peringkat utama. Pada peringkat pertama, imej ditapis menggunakan tetingkap penapisan dengan saiz yang dikuantumkan. Pada peringkat kedua, imej ditapis menggunakan saiz tetingkap penyesuaian. Penambahbaikan QSAM telah dilakukan dengan menggantikan formula yang digunakan untuk memulihkan piksel rosak. Berbanding menggunakan nilai median setempat, kaedah yang dicadangkan ini menggunakan nilai purata min setempat dan median setempat. Keputusan ujikaji menggunakan tiga imej berskala kelabu piawai dengan saiz 512512 piksel menunjukkan bahawa kaedah yang dicadangkan mempunyai keupayaan untuk memulihkan imej yang rosak walaupun sehingga 95% kerosakan. Berbanding tiga belas penuras median yang lain, kaedah yang dicadangkan mempunyai Ralat Min Kuasa Dua (MSE) terendah dan menghasilkan keluaran dengan penampilan visual yang paling bagus.
In this dissertation, an improvement to Quantized Adaptive Switching Median filter (QSAM) has been done, to make it more efficient in reducing high density fixedvalued impulse noise from grayscale digital images. QSAM uses the switching approach, where it has noise detection and noise cancellation blocks. This approach minimizes unwanted changes from the filtering process. QSAM also uses adaptive
approach, where the filter size is adaptable to the local noise content. QSAM has two main stages. In the first stage, the image is filtered using the filtering window with quantized size. In the second stage, the image is filtered using adaptive window size. Improvement to QSAM has been carried out by replacing the formula used to restore the corrupted pixel. Instead of using the local median value, this proposed method uses the average of the local mean and local median values. Experimental results using three standard grayscale images of size 512 512 pixels show that the proposed method has the ability to restore the corrupted images even up to 95% of corruption.As compared to other thirteen median filters, the proposed method had the lowest Mean Square Error (MSE) and produce outputs with the best visual appearance.
lowest mean square error (MSE) ; quantized adaptive switching median filter (QSAM) ; standard median filter (SMF) ; iterative Non-Local Mean filter (INLM)