(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Electrical & Electronic Engineering >

Automated guided vehicle/Ahmad Izuan Ismail

Automated guided vehicle_Ahmad Izuan Ismail_E3_2006_NI
AGV atau “Automated Guided Vehicle” merupakan suatu sistem yang membolehkan sebuah robot berfungsi secara automatik tanpa kawalan secara manual. Robot AGV yang telah diprogramkan dengan fungsi tertentu mampu menjalankan kerja-kerja dengan sendiri tanpa memerlukan bantuan atau kawalan dari manusia. Terdapat beberapa mod atau kaedah yang biasa digunakan dalam membangunkan sistem AGV antaranya adalah menggunakan kamera (webcam), sistem sonar atau ultrasonic dan penderia diod pemancar. Pemprosesan imej digunakan sebagai sumber data sekiranya sumber adalah dari kamera atau webcam. Setiap imej yang diambil akan diproses sebagai sistem penglihatan robot. Sistem ultrasonic pula menggunakan gelombang bunyi untuk mengesan kedudukan halangan atau sesuatu benda. Pembalikan gelombang ini adalah sebagai data dalam sistem AGV. Dan penderia diod pemancar merupakan alat AGV yang paling ringkas sebagai contoh aplikasi seperti “line follower”. AGV “automated guided vehicle” merupakan salah satu projek tahun akhir dimana sebuah robot yang dilengkapi dengan sistem AGV dibangunkan dengan bantuan sistem penglihatan dari sebuah webcam(USB). Robot AGV yang dibina mempunyai sepasang tayar yang dikawal dengan DC motor, dan empat roda bebas yang boleh berputar 3600 tanpa kawalan motor. Dua roda dengan kawalan motor DC akan mengawal arah pergerakan robot ke kiri atau kanan semasa beroperasi. Tiga perkara penting yang perlu diberi perhatian dengan teliti semasa membangunkan sistem AGV menggunakan kaedah kamera iaitu pemprosesan imej, pengendalian mikropengawal dan pemilihan perkakasan(hardware) seperti kamera dan sistem motor. Sistem yang paling penting dalam membangunkan robot AGV ini adalah pemprosesan imej dari webcam. Proses ini dilakukan menggunakan perisian teknikal komputer MATLAB7.0 R14. Sebuah mikropengawal digunakan untuk mengawal motor setelah menerima isyarat dari komputer. Pengendalian terhadap mikropengawal juga penting untuk menentukan arah pergerakan robot AGV supaya lebih persis dan jitu. Seterusnya pemilihan perkakasan seperti jenis dan keupayaan motor yang bersesuaian dan jenis kamera perlu dilihat dengan lebih teliti kerana perkakasan ini merupakan elemen penting dalam menghasilkan sistem AGV yang baik. ______________________________________________________________________________________ AGV or “Automated Guided Vehicle” is a system which enables a robot be functional automatically; without any manual control. An AGV robot which is programmed with certain functions is able to carry out tasks by itself without any help from any control or human beings. There are a few modes or methods which are often being used to develop the AGV system. Among them are using camera (webcam), sonar or ultrasonic system and diode emitting sensor. If a camera or webcam is used image processing is the data source for the system. Each image taken will be processed as the robot’s eyesight system. The ultrasonic system uses sound waves to trace any obstacles or objects in its surroundings. The reflections of the waves are used as the data in the AGV system. Diode emitting sensor is the simplest of all AGV tools; for example the line follower. AGV or “Automated Guided Vehicle” is one of the final year projects which develop a robot aided with an eyesight system from a webcam. The AGV robot which had been developed is built on a pair of tyres which is controlled by a DC motor, and 4 wheels which can freely rotate a 3600 rotation without any control from a motor. The two tyres controlled by a DC motor serve the function of controlling the movement of the robot; either left or right movement. There are three important things that must be emphasized during the development of the AGV system using the camera method which is image processing, microcontroller handling and the selection of hardware such as the camera and motor system. The most important system in developing the AGV robot is the image processing from webcam. This process is done using computer technical software called MATLAB7.0 R14. A microcontroller is used to control the motor after receiving signals from the computer. The handling of micro control is vital to determine the smoothness of the AGV robot’s movement. The selection of hardware, such as the type and the capability of the motor, the type of camera, must be done wisely as this hardware is vital elements to produce a reliable AGV robot system.
Contributor(s):
Ahmad Izuan Ismail - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Language:
Bahasa Melayu
Subject Keywords:
“Automated Guided Vehicle” ; robot ; camera
First presented to the public:
5/1/2006
Original Publication Date:
4/30/2019
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Electrical & Electronic Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 69
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2019-04-30 16:00:38.172
Submitter:
Nor Hayati Ismail

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Automated guided vehicle/Ahmad Izuan Ismail1 2019-04-30 16:00:38.172