(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Electrical & Electronic Engineering >

Load flow analysis using improved newton-raphson and fast decoupled methods/Chieng Kai Seng

Load flow analysis using improved newton-raphson and fast decoupled methods_Chieng Kai Seng_E3_2014_NI
Analisis aliran beban dijalankan untuk mengekalkan modal dan kos operasi pada tahap minimum. Ia dilakukan dengan menggunakan perisian komputer yang mensimulasikan sistem kuasa yang sebenar pada keadaan operasi yang mantap, dan membolehkan kita menilai profil voltan bas, aliran kuasa sebenar dan reaktif, dan kehilangan kuasa. Sejak perkembangan analisis aliran beban menggunakan kaedah berangka, pelbagai algoritma telah dirancang untuk menangani masalah ini dengan berkesan dan pantas. Analisis aliran beban sebenar melibatkan simulasi ratusan ribu bas. Oleh kerana saiz data yang besar disuap ke dalam perisian komputer, masa simulasi bagi setiap kes ujian boleh menjadi agak panjang. Di samping itu, analisis aliran beban yang digunakan untuk aplikasi dalam talian memerlukan pengiraan pada kelajuan yang tinggi untuk bertindak terhadap kejadian di luar jangka dalam masa sesingkat yang mungkin. Oleh itu, tidaklah menghairankan bahawa industri menunjukkan minat terhadap peningkatan kelajuan simulasi secara berterusan. Projek ini bertujuan untuk menghasilkan algoritma yang lebih baik berdasarkan beberapa algoritma analisis aliran beban yang konvensional. Algoritma ini dihasilkan dengan menggunakan platform MATLAB dan diuji pada beberapa sistem ujian standard iaitu kes ujian bas IEEE 14, RTS bas IEEE 24, kes ujian bas IEEE 30, 39 bas sistem New England, kes ujian bas IEEE 57 dan kes ujian bas IEEE 118. Keputusan dianalisis dari segi kadar penumpuan dan masa pengiraan. Perbandingan menggunakan keputusan yang diperolehi dibuat untuk menentukan peningkatan yang dicapai oleh algoritma baru. __________________________________________________________________________________ Load flow analysis is conducted to keep capital and operating costs to a minimum. It is performed using computer software that simulates actual steady-state power system operating conditions, enabling us to evaluate bus voltage profiles, real and reactive power flow, and losses. Since the development of load flow analysis using numerical methods, various algorithms has been devised to tackle the problem effectively and swiftly. Real life load flow analysis involves simulation on hundreds of thousands of buses. Because of the large size of data fed into the computer software, simulation time for each test case can be considerably long. In addition to that, load flow analysis used for online application requires high speed calculation to respond to contingencies in the shortest time possible. It is therefore unsurprising that the industry has made the continual improvement of simulation speed a subject of high interest. This project aims at developing improved algorithm based on several conventional load flow analysis algorithms. This algorithms are developed on MATLAB platform and are tested on several standard test systems namely IEEE 14 bus test case, IEEE 24 bus RTS, IEEE 30 bus test case , 39 bus New England system, IEEE 57 bus test case and IEEE 118 bus test case. Results is analysed with reference to convergence rate and computation time. Comparison using the results obtained is done to determine the improvement made by the novel algorithm.
Contributor(s):
Chieng Kai Seng - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Language:
English
Subject Keywords:
Load flow analysis ; bus voltage ; simulation time
First presented to the public:
6/1/2014
Original Publication Date:
8/4/2020
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Electrical & Electronic Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 168
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2020-08-04 12:31:07.296
Date Last Updated
2020-08-04 12:41:37.146
Submitter:
Nor Hayati Ismail

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Load flow analysis using improved newton-raphson and fast decoupled methods/Chieng Kai Seng1 2020-08-04 12:31:07.296