Penjimatan tenaga adalah satu kebimbangan utama dalam bangunan. Oleh kerana
sebahagian besar penggunaan tenaga dalam bangunan adalah disebabkan oleh penggunaan
penghawa dingin, sistem penjimatan tenaga yang berkesan harus dibangunkan untuk bangunan.
Untuk penghawa dingin di dalam bangunan, strategi kawalan termal yang digunakan adalah
dengan menetapkan agar penghawa dingin tersebut mengekal suhu ke suhu tetap yang dipanggil
‘set point’. Pada masa sekarang, masalah utama yang dihadapi oleh bangunan sekolah EE ialah
pembaziran dalam penggunaan tenaga, penggunaan penghawa dingin yang tidak effisen dengan
menetapkan tetapan suhu yang paling rendah di penghawa dingin merupakan faktor utama yang
menyumbangkan pembaziran tenaga. Amalan penggunaan penghawa dingin yang effisen dan
strategi yang baru harus dilaksanakan di dalam bangunan sekolah EE, dengan perlaksanaan ini,
peluang untuk penjimatan penggunaan tenaga dapat dikenal pasti. Dalam projek ini, sebuah
sistem telah dibangunkan dengan menggunakan mikrokontroller Arduino yang dapat mengesan
suhu persekitaran dalam masa sebenar dan mengubah suis penghawa dingin (ON/OFF) secara
automatik, jika suhu bilik adalah kurang daripada atau sama dengan 24°C suis penghawa dingin
tersebut akan ditutup, dan jika suhu bilik adalah lebih daripada atau sama dengan 26°C suis
penghawa dingin tersebut akan dibuka. Dengan kontroller ini, tenaga boleh dijimatkan
berdasarkan proses penghawa dingin dalam keadaan suis tutup. Pelbagai analisis dan kajian telah
dilaksanakan untuk mengira penjimatan tenaga dalam bangunan sekolah EE dan dengan
ON/OFF Suhu Kontroller ini sehingga 50.36% penggunaan tenaga dapat dijimat. Dengan
perlaksanaan ON/OFF Suhu Kontroller, bangunan Sekolah EE boleh menjimat sehingga RM
9151.20 sebulan berdasarkan sistem unit tunggal penghawa dingin yang dipasang.
_______________________________________________________________________________________________________
Energy saving is one of the primary concern in building. Since a large portion of energy
consumption in building is caused by the use of air conditioner, an efficient energy saving
system should be developed for the building. For air conditioner in building, the thermal control
strategy is to set the air conditioner to maintain a set temperature called the set point. Nowadays,
the main problem faced by EE School building is the waste of energy consumption, inefficient
use of air conditioner such as setting the air conditioner to the minimum temperature is the main
factor that contributes to energy wastage. Efficient use of air conditioner practice and new
strategy for control system has to be implemented in EE School building, with this
implementation, energy can be saved efficiently. In this project, a system had been developed by
use of Arduino microcontroller that can senses the surrounding temperature in real time and
automatically adjust the switching mode (ON/OFF) of the air conditioner, if the temperature is
less than or equal to 23°C the air conditioner will be turned off, and if the temperature is more
than or equal to 25°C the air conditioner will be turned on. Based on this controller, energy can
be saved during the switching off process of the air conditioner. Various analysis and experiment
had been implemented in order to calculate the energy saving for EE School building and with
this ON/OFF Temperature Controller up to 50.36% energy consumption can be saved. With the
implementation of this ON/OFF Temperature Controller, EE School Building can save up to RM
9151.20 per month in term of installed split unit air conditioning system.