Tesis ini menerangkan secara jelas mengenai projek pembangunan satu aturcara yang
menggunakan perisian "Excel" untuk menganalisis aliran beban sistem kuasa.
Kepentingan menganalisis aliran beban atau kuasa ini adalah untuk memastikan
penghantaran kuasa elektrik dari penjana kuasa ke pengguna melalui rangkaian sistem
kuasa menjadi stabil, selamat dan menjimatkan. Lembaran kerja "Excel" digunakan di
dalam projek ini adalah untuk menyediakan satu aturcara yang memperuntukkan kos
dan kapasiti memori yang rendah. Ini kerana ia adalah program asas yang tersedia di
dalam "Microsoft® Office" untuk kerja- kerja pengiraan. Di dalam aturcara ini,
pendekatan kaedah "Newton Raphson" digunakan sebagai teknik penyelesaian untuk
mengira pengaliran kuasa di dalam talian penghantaran dan kehilangan kuasa di talian.
Penyelesaian ini dilakukan dengan mengubah nilai kuasa atau voltan, rintangan talian
dan parameter- parameter yang terlibat dalam kaedah penyelesaian. Pembangunan
aturcara ini bermula setelah segala teori mengenai analisis aliran beban dan teknik
penyelesaian "Newton-Raphson" habis diteliti. Selepas itu, pembentukan formula
dilakukan menggunakan fungsi- fungsi yang disediakan oleh "Microsoft® Excel".
Keputusan utama yang akan diperolehi melalui aturcara ini ialah aliran kuasa yang
mengalir antara bas dan kehilangan kuasa di talian penghantaran sewaktu aliran kuasa
berlaku. Aturcara ini adalah alatan asas yang sesuai digunakan untuk mempraktiskan
jurutera sistem kuasa dalam melakukan aktiviti- aktiviti yang berkaitan perancangan
sistem, operasi dan kawalan. Aturcara ini juga amat sesuai digunakan sebagai alat
bantuan mengajar bagi pensyarah dalam mengajar silibus analisis sistem kuasa.
_______________________________________________________________________________________________________
This thesis describes the development of an Excel program for power system load flow
analysis. Load flow analysis is important for the power system to ensure the electrical
power transfer from generators to consumers through the grid system is stable, reliable
and economic. Excel worksheet is used in this project to provide the economical and
low storages program since the Excel is a basic application provided by Microsoft® for
calculation works. In this Microsoft® Excel worksheet, the method of Newton Raphson
is chose as a technique solution to compute the real and reactive power flows in
equipment such as transmission lines and transformers, as well as equipment losses.
These methods are applied to the load flow problems to allow the problems being
solved, by adjusting the power or voltage levels, line impedances, and also the
parameter of the solution methods. The development of this program starts after the
study of theories in load flow analysis and the Newton Raphson method as the solution
technique was conducted. After that, the construction of the formula begins using the
functions provided by Excel. From the result of this program, users should be able to
find the power flow from one bus to another bus and the power losses at transmission
line. This program is a fundamental tool for practicing power system engineers engaged
in system planning, operation and control. It may be used also as an alternative material
for the lecturer in teaching the load flow analysis topics.