(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Civil Engineering >

Rating tools adoption in green building technologies implementation for construction project from sustainability perspective

Rating tools adoption in green building technologies implementation for construction project from sustainability perspective / Wan Nor Aliza Wan Mahtar
Teknologi Bangunan Hijau (TBH) adalah satu kaedah yang boleh digunakan untuk menguruskan isu-isu perubahan iklim dan kelestarian. TBH telah meningkatkan kesedaran orang ramai sejak kebelakangan ini disebabkan oleh perubahan iklim global. Industri pembinaan juga menyedari bahawa sumber asli akan habis jika ia tidak mengamalkan pembangunan lestari. Berdasarkan pada hakikat bahawa reka bentuk persekitaran yang dibina mempunyai pelbagai kesan terhadap manusia dan bumi, pakar mula memberi tumpuan kepada reka bentuk dan pembinaan bangunan menggunakan amalan lestari yang akan menyokong industri pembinaan dengan cara yang lebih bertanggungjawab untuk menguruskan sumber semula jadi. Keluaran pembinaan global diramalkan akan meningkat dengan ketara menjelang tahun 2030. Untuk memelihara alam sekitar untuk generasi akan datang, penting untuk melaksanakan TBH dalam industri pembinaan bangunan. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesedaran mengenai penggunaan alat penilaian dalam pelaksanaan TBH di kalangan pemegang kepentingan pembinaan. Kaedah tinjauan soal selidik telah digunakan dalam kajian ini. Hasil kaji selidik menunjukkan setiap peringkat pelaksanaan TBH mempunyai unsur kelestariannya sendiri; kesedaran penting dalam ekonomi, penyesuaian sosial dan penerimaan dan aplikasi penting dalam persekitaran. Perspektif kelestarian yang paling penting adalah ekonomi dengan "TBH juga merupakan satu kaedah yang dapat menjimatkan penggunaan elektrik" dengan Indeks Penting Relatif (IPR) 4.37 daripada 5.00. Diharapkan kajian ini dapat membantu pihak berkepentingan industri pembinaan untuk memahami pelaksanaan TBH untuk membuat keputusan dan pembangunan dasar, selain dapat digunakan sebagai rujukan untuk kajian perbandingan masa depan. _______________________________________________________________________________________________________ Green Building Technologies (GBT) is a method that can be used to manage the issues of climate change and sustainability. GBT has raised the public’s awareness in recent years due to global climate change. The construction industry is also aware that natural resources will be depleted if it does not practice sustainable development. Based on the fact that the design of built environment has various impacts on human being and the earth, experts are beginning to focus on the design and construction of buildings using sustainable practices that will support the construction industry with a more responsible way to manage natural resources. Global construction output is predicted to grow significantly by year 2030. In order to preserve the environment for future generations, it is important to implement GBT in the building construction industry. This study aims to determine the awareness of rating tools adoption in GBT implementation among the construction stakeholders. An online questionnaire survey method was used in this study. The result from the survey shows that every level of GBT implementation has its own sustainability element; awareness significant in economy, adaptation on social and adoption and application significant on environment. The most significant sustainability perspective is economy with “GBT is also a method that can save electricity consumption” with a Relative Importance Index (RII) of 4.37, out of 5.00. It is expected that this study can assist the construction industry’s stakeholders to understand GBT implementation for decision making and policy development, besides can be used as a reference for future comparative studies.
Contributor(s):
Wan Nor Aliza Wan Mahtar - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Identifiers:
Accession Number : 875008362
Language:
English
Subject Keywords:
(GBT); climate; sustainable
First presented to the public:
6/1/2019
Original Publication Date:
10/1/2019
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Civil Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 123
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2019-10-01 16:10:34.793
Submitter:
Mohd Jasnizam Mohd Salleh

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Rating tools adoption in green building technologies implementation for construction project from sustainability perspective1 2019-10-01 16:10:34.793