Pencemaran udara merupakan suatu fenomena yang mana ianya telah berdekad
lamanya wujud di muka bumi dan ini termasuklah di Malaysia. Pelbagai kajian rancak
dijalankan sejak dari dahulu lagi yang mana tujuannya untuk mengenalpasti bentuk
pencemaran yang wujud, punca dan sumber berlakunya sesuatu pencemaran tersebut
serta langkah-langkah untuk mengatasi masalah tersebut daripada berlarutan. Kajian
mengenai kualiti udara di dalam bangunan merupakan senario baru dalam penjanaan
kajian partikel terampai. Keadaan yang dianggap mempunyai kemungkinan untuk
mengalami masalah kehadiran partikel terampai dalam kuantiti yang melebihi had yang
dibenarkan menjadi salah satu sebab mengapa kajian ini dijalankan di Kampus
Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia ini. Kehadiran partikel terampai khususnya
dengan kepekatan yang tinggi dan jika ianya melebihi had yang telah ditetapkan boleh
memberi kesan kepada kesihatan manusia. Pelbagai jenis penyakit terutama sekali yang
melibatkan sistem pernafasan boleh dipengaruhi oleh kehadiran bahan terampai ini. Oleh
itu, kajian ini adalah melibatkan pengukuran terhadap kepekatan partikel terampai yang
terdapat di dalam bangunan di mana 5 lokasi di sekitar kampus telah dipilih sebagai
lokasi pengukuran. Proses pengumpulan data daripada alat dipanggil Microdust pro dan
penganalisaan merumuskan bahawa kehadiran partikel terampai di dalam bangunan di
sekitar kampus ini ada di bawah had yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib. Hasil
keputusan daripada kajian yang dijalankan menunjukkan purata kepekatan tertinggi yang
dicapai adalah sebanyak 49.4μg/m3 yang mana ianya direkodkan di Rumah Kesatuan,
manakala purata kepekatan terendah adalah sekitar 2.8μg/m3 yang mana ianya pula
dicatatkan di Kafe Jaya. Bacaan-bacaan ini masih di dalam had piawai yang dinyatakan
iaitu sebanyak 150μg/m3 untuk bacaan purata dalam jangka masa 24 jam untuk partikel
terampai. Pelbagai cara telah dicadangkan untuk mengurangkan jumlah kepekatan
partikel terampai ini walaupun ianya masih di bawah kawalan. Ini adalah langkah untuk
mengelakkan daripada berlakunya penularan tahap kesihatan yang rendah di kalangan
para pelajar yang disebabkan oleh partikel terampai biarpun tahap kualiti udara di
kampus ini boleh dikatakan bersih daripada masalah pencemaran udara yang disebabkan
oleh partikel terampai.
_______________________________________________________________________________________________________
Air pollution is a phenomenon that occurs on the earth and it includes Malaysia.
It has always been happening ago. Many researches have measured types of pollutant
including their sources and how they are distributed in the atmosphere and also the ways
to reduce the problems. Research about particulate matter that assembles in the air
especially in buildings is a new scenario. The situation where the possibility of the
particulate matter is present in the building at this campus is the main cause of this
research. As known, high concentration of particles in the air can affect the human
health. There are varieties of illnesses caused by particulate matter such as asthma,
respiratory problems, Chronic Obstructive Pulmonary Disease (COPD) and cancer. So,
this research emphasized on monitoring indoor air pollution at 5 monitoring locations
around the Engineering Campus, Universiti Sains Malaysia. The results of the
concentration level of PM10 which are taken from the equipment called Microdust pro
have been analyzed and it concludes that the concentration level of PM10 is under the
limit that is fixed by the authorities. The highest average of the concentration reading is
49.4μg/m3 where it recorded at Rumah Kesatuan and the lowest reading is 2.8μg/m3 at
Jaya Cafeteria. All of the data are less than the limit of the particulate matter which is
150μg/m3 for average concentration in 24 hours. There are some of the solutions that
proposed in this research to reduce the concentration level before it gets worse in the
future. The techniques are suggested to avoid the effect of the particulate matter
especially to the human health at this campus.