Industri pembinaan merupakan salah satu sektor industri yang paling penting
di setiap negara. Aktiviti yang menyebabkan wujud lebihan bahan binaan ialah aktiviti
pembinaan dan perobohan kemudian ditinggalkan tidak kira sama ada diproses atau
dalam simpanan. Pengurusan sisa bahan binaan yang tidak sistematik boleh
mendatangkan masalah kepada persekitaran, kesihatan dan keselamatan kepada pekerja
binaan dan orang awam secara amnya. Oleh itu, objektif bagi kajian ini dijalankan untuk
mengenalpasti jenis sisa bahan binaan yang lazim atau boleh didapati di tapak bina,
mengenalpasti jenis sisa bahan binaan yang tidak perlu ada di tapak bina, punca
berlakunya pembaziran di tapak bina dan kaedah yang sering dipraktikkan oleh
kontraktor untuk meminimakan sisa bahan binaan. Responden adalah terdiri daripada
wakil-wakil kontraktor gred G6 dan G7 yang terlibat dengan projek pembinaan bangunan
di sekitar Pulau Penang iaitu seperti pengurus projek, jurutera tapak, penyelia tapak dan
jurutera awam. Sebanyak 110 borang soal selidik telah diedarkan secara rawak dan hanya
40 yang boleh digunapakai untuk tujuan analisis. Perisian SPSS 20.0 dan
Microsoft Excel 2010 digunakan untuk analisis data manakala kaedah analisis pula
menggunakan min skor dan Relative Important Index (RII). Jenis bahan binaan yang
menjadi penyumbang utama kepada kenaikan peratusan sisa bahan binaan di tapak
pembinaan adalah kayu dan konkrit. Punca pembaziran paling utama adalah kekerapan
dalam mengurus bahan pembinaan, tetapi secara keseluruhannya faktor utama membawa
kepada pembaziran adalah berpunca daripada faktor pekerja. Kaedah paling utama bagi
meminimakan sisa bahan binaan di tapak bina yang kerap diaplikasikan oleh pihak
kontraktor adalah komunikasi yang baik dengan klien. Komunikasi yang baik dapat
mengelakkan perubahan pada reka bentuk ketika fasa pembinaan. Penemuan ini akan
membantu dalam mengenalpasti faktor yang utama dan kaedah yang efektif dalam
menangani masalah pengurusan sisa bahan binaan di Malaysia dan secara tidak langsung
meningkatkan kualiti pembinaan di negara ini.
_______________________________________________________________________________________________________
The construction industry is one of the most important industrial sectors in every
country. Activities that cause more material construction are the construction and
demolition of the activity then released regardless of whether it is processed or stored.
Non-systematic waste management waste management can bring environmental, health
and safety problems to construction workers and the public in general. Therefore, the
objective of this study is to identify the types of construction materials that are common
or available at the site of construction, identify the types of waste materials that do not
have to be at the site of construction, the source of wastage at the construction site and
the methods often practiced by contractors to minimize residue of building materials.
Respondents are comprised of representatives of Grade G6 and G7 contractors who are
involved with building construction projects around Penang that are project managers,
site engineers, supervisors and civil engineers. A total of 110 questionnaires have been
distributed randomly and only 40 can be used for analysis purposes. SPSS 23.0 and
Microsoft Excel 2010 is used for analysis data while analysis methods use min score and
Relative Important Index (RII). The type of building materials that contributed to the
increase in the percentage of building material materials on construction sites was wood
and concrete. The main source of wastage is the frequency in managing the construction
of materials, but overall the main factor leading to wastage is due to factor workers. The
most important method to minimize the waste of building materials at a built-up site often
contracted by a contractor is good communication with clients. Good communication can
prevent changes to the design during phase construction. These findings will assist in
identifying key factors and effective methods in addressing the problems of building
material management in Malaysia and indirectly improving the quality of construction
in this country.