Pengaplikasian alatan berasaskan perisian Sistem Maklumat Geografi (GIS)
sememangnya sangat membantu dalam menyelesaikan apa-apa permasalahan yang
wujud dalam pelbagai bidang terutamanya dalam aspek pemetaan. Dalam kajian
ini, perisian ArcView3.2 GIS digunakan bagi penghasilan peta berbentuk digital
untuk data hujan rekabentuk bagi bandar-bandar utama di Semenanjung Malaysia.
Melalui peta ini, rujukan data-data penting kala kembali tertentu dapat dilakukan
dengan pantas untuk perancangan dan pengurusan pembangunan pada masa akan
datang dan lebih menitikberatkan penganggaran potensi banjir kilat yang kritikal di
kawasan bandar.
_______________________________________________________________________________________________________
An application of Geographic Information Systems (GIS) software is very helpful
in solving the problem that might occurred especially in mapping work. In this
project, ArcView3.2 GIS software is used to produce a digital map for rainfall data
of major cities in Peninsular Malaysia. Water resources development plan and
management in the future could be done more efficient and fast by referring to the
map. The flood can be analyzed and development plan can be include and
prioritize for the identification of flood prone areas in the city.