Proses pembangunan memerlukan perancangan yang terperinci dan berhati-hati
kerana pembangunan membawa banyak perubahan kepada keadaan alam semulajadi.
Alam semulajadi yang tidak stabil boleh mengakibatkan bencana seperti banjir dan tanah
runtuh. Pengkelasan tanah mengikut kumpulan, kadar penyusupan dan kadar
kebolehtelapan penting untuk merancang pembangunan. Kawasan sekitar Butterworth
yang telah dibahagikan kepada 6 zon adalah kawasan kajian yang telah dipilih untuk
ujikaji ini kerana ia berpotensi untuk dibangunkan. Kajian penyusupan merupakan
merupakan salah satu kajian yang bertujuan untuk mengawal banjir dan
mengklasifikasikan tanah berdasarkan ujian penyusupan. Ujian yang dijalankan seperti
ujian penyusupan dan kebolehtelapan dapat menggambarkan kadar penyusupan air
kedalam tanah mengikut taburan hujan kawasan tersebut. Daripada maklumat ini jumlah
air larian permukaan dan air yang menyusup kedalam tanah dapat dianggarkan. Ujian
analisis ayakan pula dapat mengklasifikasikan jenis tanah yang ada pada kawasan
tersebut sekaligus membantu untuk merancang dan menganggar kos pembangunan.
Dengan adanya maklumat-maklumat ini jurutera dapat merancang untuk membangunkan
system saliran yang sesuai dan merancang pembangunan bandar.
_______________________________________________________________________________________________________
This paper present the study of infiltration, permeability and soil classification for
zone BW1, BW2, BW3, BW4, BW5 and BW6 in order to develop an infiltration map
for Butterworth. Infiltration into the soil matrix is formally divided into two
components: (1) Vertical infiltration into soil surface; and (2) Lateral infiltration via
hole in soil. Soil classification using Unified Soil Classification System shows the
types of soil and groups of soil. Double Ring Infiltrometer and Falling head
permeability test are the test that has done in this case study. This data is important
for the planning of urbanization. The study of soil classification and their coefficient
in infiltration and permeability give answer to many questions during planning
urbanization. The soil classification can be major tool in Urban Drainage Planning to
identify the applicability of infiltration system in a new developed urban area. This
data also help improve in prevention of flood due to urbanization effect also among
the benefits that can be found from this study.