Pelbagai jenis bahan berbitumen telah digunakan dalam pembinaan jalan dan lebuh
raya. Bahan berbitumen seperti konkrit asfalt direkabentuk untuk jangka hayat yang
panjang dan berupaya memainkan peranan yang diharapkan pada sesuatu turapan
bermutu tinggi. Namun begitu, akibat daripada pembebanan yang berulang ulang,
proses penuaan daripada perubahan suhu yang tidak menentu dan juga dari sinaran
ultraviolet, konkrit asfalt cenderung untuk mengalami kegagalan. Sehubungan dengan
itu, kajian telah dilakukan dengan mencampurkan bahan tambah seperti bahan getah
ke dalam campuran konkrit asfalt bagi meningkatkan mutu turapan. Kajian ini adalah
bertujuan untuk membangunkan konkrit asfalt campuan getah dengan bahan tambah
craabit secara proses basah. Perbandingan dilakukan antara dua proses utama konkrit
asfalt campuran getah iaitu proses basah dan proses kering. Berdasarkan keputusan
hasil daripada kajian yang dijalankan, jelas membuktikan keupayaan proses basah
dalam menghasilkan konkrit asfalt campuran getah adalah lebih baik berbanding
proses kering dengan mengambil kira kelebihan ciri fizikal dan daripada ujikaji yang
telah dijalankan. Konkrit asfalt campuran getah secara proses basah berpotensi lebih
baik dalam merintangi ubah bentuk kekal dan juga merintangi masalah keretakan
berbanding dengan proses kering. Perbezaan antara nilai optimum modulus
kebingkasan proses basah dan kering adalah sebanyak 42% dengan nilai untuk proses
basah adalah lebih tinggi. Begitu juga dengan nilai kestabilan, pada mana perbezaan
antara keduanya adalah 33%. Nilai kestabilan campuran proses basah sekali lagi
sentiasa lebih tinggi daripada proses kering.
_______________________________________________________________________________________________________
A variety of mix type have been used in road and highway design. Pavement
materials such as asphalt concrete normally has design life for about 10 years and
capable to play its role as a high quality pavement. However, because of repeated
loading, effects of ageing due to temperature changes and ultraviolet, the design life
can be shortened. To mitigate this, researches have been done by adding crumb rubber
into bitumen or asphalt concrete mixture to increase the quality of the mix. Scrap tire
rubber can be incorporated into asphalt paving mixes using two different methods
referred to as the wet process and the dry process. This research attempts to compare
performance of mix between these two methods. From the laboratory result, it can be
concluded that the wet process method is better in order to produced high
performance asphaltic mix. This asphalt modified bitumen using wet process, have
better potential in resisting the permanent deformation and also solving the problem
of cracking compared to dry process. The different between these two processes, in
resilient modulus parameter is 42%. The value of wet process is always higher than
the dry process. It is same with the stability value where the wet process value is
higher than the dry process. The different percent between these processes are 33%.