Laporan ini membentangkan tentang projek membangunkan sistem perisian aplikasi bertujuan menguruskan segala maklumat berkenaan pelajar dan juga asrama bagi desasiswa di USM. Pembangunan sistem perisian aplikasi ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu pembangunan sistem pangkalan data dan pembangunan antaramuka pengguna. Secara asasnya, pangkalan data merupakan satu kumpulan data yang disusun dan diklasifikasikan berdasarkan beberapa kriteria tertentu. Laporan ini juga menceritakan tentang pembangunan pangkalan data menggunakan pangkalan data MySQL. Pangkalan data tersebut dibangunkan dengan merekacipta beberapa jadual yang akhirnya akan membentuk pangkalan data itu. Bahagian kedua projek ini melibatkan pembangunan antaramuka menggunakan Visual Basic 2005. Antaramuka ini direka supaya pengguna boleh menyimpan, memadam, mengubahsuai dan mencari data dengan senang. Setelah pembangunan pangkalan data dan antaramuka pengguna selesai, sistem perisian aplikasi ini diuji keberkesanannya menggunakan data yang bersesuaian dengan situasi tertentu, contohnya semasa prosedur penyewaan dan pembayaran. Selain itu, keupayaan sistem ini untuk mencari data seperti maklumat pelajar, pekerja, bilik, penyewaan dan pembayaran turut diuji. Secara kesimpulannya, sistem perisian aplikasi ini berjaya dibangunkan dan boleh digunakan di desasiswa USM untuk menguruskan data pelajar dan asrama secara berkesan.
_____________________________________________________________________________________
This report presents development of application software system that is used to manage data of student and hostel for USM desasiswa. This application software system is involving two parts of development which are: database system development and user interface development. A database, fundamentally, is a collection of data organized and classified according to some criteria. This report contains database development by using MySQL database server. It includes MySQL documentation and literature specific to MySQL to assist in developing the basic knowledge of MySQL. The database is developed by designing several tables to become a structure of the database. The second part involving user interface development. The interface is designed by using Visual Basic 2005. It contains several forms which are designed one by one and the combination of all forms becomes an interface for this application software system. Then, the system is tested to store required data into database depends on situation such as during rental procedure and payment procedure. Besides, the capability of the system to retrieve data like student details, staff details, room details, rental details and payment details also is being tested. As a conclusion, this application software system has been successfully developed and it can be implemented at any desasiswa in USM. The system can manage data of student and hostel efficiently without using many paper documentations.
Database system development and user interface development; database, fundamentally, is a collection of data organized and classified according to some criteria; MySQL documentation and literature specific to MySQL to assist in developing the basic knowledge of MySQL.