Alpinia galanga (A. galanga) merupakan bahan masakan serta herba perubatan yang popular disebabkan oleh kandungan fenolik and aktiviti antipengoksidanya. Dalam kajian ini, teknik maserasi berserta dengan pelarut etanol telah digunakan untuk mengekstrak kandungan fenolik A. galanga. Nisbah cecair kepada pepejal adalah 20 ml/g. Kesan masa dan suhu maserasi, serta bahagian tumbuhan yang berbeza (daun dan batang) terhadap kandungan fenolik dan aktiviti antipengoksida A. galanga telah dinilai menggunakan kaedah Folin-Ciocalteu dan asai pemerangkapan radikal bebas DPPH. Variasi masa maserasi yang dikaji adalah daripada 1 jam hingga 5 jam. Aktiviti antipengoksida tertinggi didapati pada masa maserasi 1 jam bagi daun (IC50 = 0.136 mg/ml) dan 4 jam bagi batang (IC50 = 0.320 mg/ml) A. galanga. Kandungan fenolik yang tertinggi untuk daun diperoleh pada masa 1 jam (0.038 mg GAE/mg DW) manakala batang pada 4 jam (0.023 mg GAE/mg DW). Akan tetapi, masa maserasi tidak memberikan kesan yang ketara terhadap kandungan fenolik dan activiti antipengoksida A. galanga. Suhu maserasi yang dikaji adalah dalam lingkungan 40 hingga 70ºC. Aktiviti antipengoksida yang tertinggi bagi kedua-dua daun (IC50 = 0.076mg/ml) dan batang (0.454 mg/ml) A. galanga adalah pada suhu maserasi 40ºC manakala kandungan fenolik yang tertinggi adalah pada suhu maserasi 70ºC bagi daun (0.034 mg GAE/mg DW) dan batang (0.019 mg GAE/mg DW) A. galanga. Keadaan maserasi yang terbaik dari segi aktiviti pengoksida diperolehi pada 1 jam dan 40ºC atas pertimbangan dari aspek kualiti ekstrak serta kecekapan tenaga dan kos. Daun A. galanga terbukti mempunyai kandungan fenolik dan aktiviti antipengoksida yang lebih tinggi daripada batangnya, tetapi masih jauh rendah daripada aktiviti pengoksida asid askorbik (IC50 = 0.003 mg/ml) yang berfungsi sebagai piawai antipengoksida. Tiada korelasi yang ketara diperhatikan antara kandungan fenolik dan aktiviti antipengoksida dalam kedua-dua daun dan batang A. galanga.
_______________________________________________________________________________________________________
Alpinia galanga is a popular culinary ingredient as well as medicinal herb due to its total phenolic content and antioxidant capability. In this research, phenolic compound of A. galanga was extracted using maceration technique with ethanol solvent at a liquid solid ratio of 20 ml/g. Effect of maceration time, temperature and different plant parts (leaves and stems) on total phenolic compound and antioxidant of A. galanga were studied using Folin-Ciocalteu assay and DPPH radical scavenging assay respectively. The effect of maceration time was varied from 1 hr to 5 hr and the highest antioxidant activity obtained for leaves and stems were at 1 hr (IC50 = 0.136 mg/ml) and 4 hr (IC50 = 0.320 mg/ml) respectively. The highest total phenolic compound was obtained from leaves at 1 hr (0.038 mg GAE/mg DW) and stems at 4 hr (0.024 mg GAE/mg DW). Maceration time however, has no significant effect on antioxidant activity and total phenolic compound of A. galanga. Maceration temperature was examined from 40ºC to 70ºC. The highest antioxidant activity was observed at 40ºC for both leaves (IC50 = 0.076 mg/ml) and stems (IC50 = 0.454 mg/ml) while the highest total phenolic compound was recorded at 70ºC for both leaves (0.034 mg GAE/mg DW) and stems (0.019 mg GAE/mg DW). The best maceration conditions, considering from the antioxidant activity, for both leaves and stems of A. galanga were found at 1 hr and 40ºC in the viewpoint of both extract quality, energy and cost efficiency. Alpinia galanga leaves possess higher total phenolic compound and antioxidant capacity than the stems, but still many times lower than the antioxidant capacity of ascorbic acid (IC50 = 0.003 mg/ml), an antioxidant standard. There is no significant correlation between TPC and antioxidant of both A. galanga leaves and stems.