Air merupakan sumber yang terpenting dalam kehidupan kita. Ianya menjadi nadi kepada
kewujutan segala benda hidup dimuka bumi ini termasuklah mewakili dua pertiga isipadu
keseluruhan bumi. Kewujudan sistem bagi mengawal sumber-sumber air ini daripada
tercemar atau membawa kemusnahan kepada manusia amatlah diperlukan. Ini penting bagi
memastikan kestabilan yang wujud dapat dikekalkan. Maka atas inisiatif ini kajian
terhadap kaedah pengawalan air di bahagian punca dijalankan sehingga terhasilnya sistem
BIOECODS dimana kolam basah merupakan salah satu komponen utama didalamnya.
Dalam kajian ini, data kadar alir di bahagian pintu masuk dan keluar kolam basah
dikumpul dan dianalisis bagi mengatahui sejauh mana kemampuan kolam basah ini dapat
berfungsi dalam memastikan pengecilan kadar alir dapat berlaku. Analisis yang dilakukan
adalah amat penting bagi menghasilkan arahan rujukan bagi pembinaan sistem ini pada
pembinaan yang akan datang. Keputusan yang diperolehi mengesahkan keupayaan kolam
basah untuk mengecilkan hidrograf. Bagi kejadian hujan kurang daripada 3 bulan ARI,
luahan bagi aliran keluar adalah hampir kosong.
_______________________________________________________________________________________________________
Water is the most vital source in our life. It has become the nerve of the existence of all
living things on earth and it encompasses two – thirds of the earth surface. A system to
control these water sources from being polluted or causing annihilation for mankind is
much needed. It is important to ensure the stability to be maintained. Hence, on this
initiative, a research has been carried out on the methods of controlling water at the source
and the result is the Bio-Ecological Drainage System (BIOECODS) system where
wetpond is one of the main components in it. In this study, the data on the flow rate at the
inlet and outlet of wetpond are accumulated and analyzed to know the capabilities of the
pond to function in ensuring that reduction of water flow rate can happen. Data and
analysis conducted are very important to produce reference order for the construction of
the system at future projects. The results confirm the attenuation effect of the wetpond. For
rainfall event less than 3-month ARI, the outflow discharge is almost zero.